Jumaat, 27 Januari 2012

Permainan Tradisi Kampong Pulau Tiga.

GASING

Gasing adalah salah satu permainan Tradisi di Kampong Pulau Tiga ini.Apabila tiba waktu permainan Gasing Bermula,bergabai jenis Gasing telah dibuat dari yang besar sehingga kepada yang kecil.Bergagai jenis dan nama gasing telah diberikan mengikut rupa Gasing itu.Diantara yang termashur seperti Gasing Telur,Gasing Bawang,Gasing Masjid dan berbagai jenis Gasing lagi.
Permainan Gasing yang paling disukai dan terkenal di Kampong Pulau Tiga ini ialah permainan Gasing Pangkah (Permainan Gasing Raja).Permainan Gasing ini dilakukan secara group iaitu berkumpulan sebanyak 2 kumpulan.

Undang undang didalam permainan Gasing di Kampong Pulau Tiga,

Setiap kumpulan semestinya mengandungi sama banyak pemainya.Pemain didalam kedua dua kumpulan akan menghayunkan Gasing masing masing ke Gelanggang permainan,ini dinamakan BERTANDING.
Salah satu Gasing dari kedua kumpulan ini akan terus berpusing dan Gasing dari kumpulan ini akan dikira sebagai pemenang didalam proses BERTANDING ini.Kebiasaanya Gasing yang kecil akan berpusing lebih lama dari Gasing yang besar.


Kumpulan yang menang akan memangkah Gasing dari kumpulan yang kalah.Setiap kumpulan salah seorang pemain bergelar RAJA.Kebiasaan Gasing RAJA adalah yang paling besar dari kalangan Gasing pemain yang lain.Raja akan memangkah pada giliran yang paling akhir.

Jika pemain memangkah dengan tidak dapat menumbangkan Gasing lawan itu dinamakan KOLEK dan Gasing pemangkah akan terus beradu kekuatan,jika sekira Gasing pemangkah kalah ini dikira sebagai BISAN.Jika 3 pemangkah melakukan KOLEK ini bererti kumpulan Pemangkah telah melakukan 3 BISAN.Apabila 3 BISAN telah dibuat oleh kumpulan pemangkah ini bererti kumpulan pemangkah telah kalah dan giliran memangkah akan diambil oleh kumpulan yang MENAHAN.


Apabila kumpulan memangkah telah mendapat 2 BISAN,pemangkah yang ketiga mesti memangkah dengan cara menumbangkan sekali gus Gasing lawan tanpa ada membuat BISAN.

RAJA adalah mempunyai peranan yang berat.RAJA mesti memangkah dengan cara menumbangkan Gasing lawan atau jika sekiranya KOLEK,Gasing RAJA mesti memenangi didalam peraduan pusingan Gasing dengan kedudukan Gasing RAJA itu tidak tumbang terlebih dahulu.Tetapi jika sekiranya kumpulan pemangkah telah mempunyai 2 BISAN,Gasing RAJA mesti menumbangkan Gasing lawan tampa ada KOLEK.

 Apabila ini telah berjaya dilakukan barulah BISAN yang ada dalam kumpulan pemangkah ini akan habis dikira kosong dan kumpulan pemangkah ini akan dapat mengekalkan kedudukan mereka sebagai KUMPULAN PEMANGKAH.

Wallahualam. 

Guli Petik.

Guli Petik adalah salah satu juga permainan Tradisi kanak kanak di Kampong Pulau Tiga ini disekitar tahun 60an hingga ke 80an.Permainan ini adalah permainan yang sungguh mengashikan bagi kanak kanak ketika itu.




Bermain Guli Petik dilakukan dengan 2 group.Permulaanya semua pemain akan meluntar guli mereka kearah BENDA.Guli dari kalangan salah seorang dari pemain disalah satu group yang paling hampir dengan Benda akan dikira sebagai group yang akan mengambil sebagai tugasan sebagai pemangkah guli group lawan.


Group yang naik akan melontarkan guli mereka kearah BENDA.Guli yang telah termasuk kedalam petak BENDA akan ditangkap dan disusunkan bersama dengan guli lawan didalam BENDA.Guli yang paling hampir dengan BENDA akan menuju guli lawan yang tersusun didalam Benda terlebih dahulu,disamping bertindak untuk mengeluarkan guli salah sorang dalam group yang tertangkap tadi.


LENTANG AYO (Lentang Ayer) adalah kedudukan yang paling digemari oleh pemain Guli Petik ini.Dalam kedudukan ini jika kena pada cara pemain memetik guli ini satu letupan yang agak ketara dapat didengari dan boleh mengakibatkan guli dipihak lawan akan terbelah atau pecah,keadaan ini akan membanggakan kepada pemain ini,kerana berjaya memegahkan guli lawan.


Kemudian pemain akan terus menuju guli dari pihak lawan sehingga jauh dari pada BENDA .Keadaan ini akan berakhir apabila semua pemain ini memetik guli kearah  pihak lawan tidak dapat mengenai sasaran dan acara MENGEDONG dilakukan oleh pihak lawan.




Acara MENGEDONG ini ialah menolak guli dengan menggunakan Siku.Pada ketika ini pemain akan bersorak kegembiraan melihat gelagat pihak lawan yang sedang MENGEDONG guli mereka menuju ke BENDA.Ada diantara guli yang terlalu jauh sehingga tidak dapat di DONG oleh pihak lawan dikira MATI.Ada juga guli yg ketika di DONG termasuk kedalam lubang dan tidak dapat untuk meneruskan MENGEDONG guli mereka itu dikira mati.Ada pemain yang gulinya sememangnya telah termasuk kedalam lubang dan telah mengaku mati awal awal.


Apabila guli telah di Dong hampir dengan BENDA,guli akan disukat terlebih dahulu seperti di gambar dibawah.




Jika sekiranya guli lawan kitika disukat tidak tidak dapat dilolos oleh tangan yang menyukat guli itu,ini dikira guli yang di DONG ke BENDA ini gagal dan ditangkap tidak boleh meneruskan step seterusnya.


Setelah pemain ini berjaya melepasi rintangan ini pemain akan menempoh satu lagi halangan iaitu MENGEDONG untuk memasukan guli kedalam BENDA.




Kekadang dalam step ini pengedong akan tersilap dong dan gulinya akan tersangkut ditepi BENDA dan akan ditangkap.Adakalanya dari kumpulan yang MENAHAN tidak seorang pun dapat melepasi rintangan ini dan akan menyenyebabkan kumpulan yang NAIK tadi akan NAIK sekali lagi.


Kebiasaanya ada dua atau tiga pemain akan dapat melepasi segala rintangan dalam permainan ini dan mereka akan menduduki dikumpulan yang NAIK pula.Pemain yang di TANGKAP atau MATI dalam acara MENGEDONG tadi apabila gulinya telah berjaya dikeluarkan oleh kawan mereka daripada BENDA akan dapat memetik guli dalam pusingan yang kedua.


Itulah diantara aturan dalam permainan GULI PETIK di Kampong Pulau Tiga ini.
Wallahualam.

Khamis, 26 Januari 2012

Sekapur Sirih.

 BIODATA PENGARANG BLOG KAMPONG PULAU TIGA.

AI ZAMRUDDIN BIN AYOB (NIK CINCIN) 
ADALAH CICIT KEPADA HJ MAT PERAK YAKNI ADIK KEPADA TOK PADUKA RAJA YANG MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI ORANG BESAR EMPAT NEGERI PERAK.BELIAU JUGA ADALAH GENARASI KE 8 KETURUNAN PAK KADUK DAN TERMASUK DIDALAM SALASILAH DARIPADA KETURUNAN ORANG ORANG YANG TIDAK BOLEH MAKAN IKAN TAPAH AKIBAT DARI SUMPAHAN PAK KADOK.

SEWAKTU BERUSIA 5 TAHUN.

AYAHNDANYA BERNAMA AYOB BIN NGAH JABAR DARIPADA KETURUNAN TOK MENTELA YANG BERASAL DARI PAGAR RUYONG KETURUNAN YANG DILARANG MEMAKAI KERIS SEPUKAL AKIBAT DARIPADA SUMPAHAN MONYIT BELIAU TOK MENTELA,YANG MANA JIKA ILMU SESEORANG CUCU CICITNYA TIDAK MELEBIHI DARINYA.




SEMENTARA BONDANYA BERNAMA KHODIJAH BINTI MANSOR DARIPADA KETURUNAN ORANG BESAR 4 PERAK IAITU HJ MAT PERAK  SEBAGAIMANA YANG DISEBUT DIATAS TADI.





WAJAH AYAH BONDA TERCINTA.

ANAK BONGSU DARIPADA LIMA ADIK BERADIK INI DILAHIRKAN PADA TANGGAL 2HB OCTOBER 1967 DI KAMPONG TOK PADUKA RAJA PULAU TIGA KAMPONG GAJAH PERAK,DENGAN MEMBAWA GELARAN PADA NAMANYA NEIK HARI INI OLEH ANAK SAUDARANYA.


RUMAH KELAHIRAN.

MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL PADA JANUARY 1974 DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN RAJA CHULAN PULAU TIGA SEHINGGA NOVEMBER 1979.
SEK KEB RAJA CHULAN PULAU TIGA.
 PADA JANUARY 1980 TELAH MELANJUTKAN PELAJARAN DIPERINGKAT MENENGAH DI SEKOLAH MENENGAH SULTAN MUDZAFAR SHAH 1 LAMBOR KANAN SEHINGGA NOVEMBER 1984.

SEK MEN SULTAN MUDZAFAR SHAH 1 LAMBOR KANAN.
MENDAPAT PENDIDIKAN ASAS AGAMA DARIPADA GURU AL QURAN IAITU TUAN BIDIN,HAJJAH ATIKAH DAN DARIPADA ORANG TUA BELIAU SENDIRI IAITU ENCIK AYOB BIN NGAH JABAR,DISEKITAR TAHUN 1974 HINGGA TAHUN 1979.KEMUDIAN MENYAMBUNG PENGAJIAN AGAMA DI MADRASAH EHSANIAH.
MARDASAH EHSANIAH KG TOK PADUKA RAJA. 
BERSAMA ALLAHYARHAM USTAZ MOHD JAMIL SEHINGGA KETAHUN 1986.


USTAZ MOHD JAMIL

SETELAH MENAMATKAN ALAM PERSEKOLAHAN DAN PENGAJIAN AGAMA, PADA TAHUN 1990 TELAH MULA MENGORAK LANGKAH BERHIJRAH KE KUALA LUMPUR DAN MENCORAK HIDUP DENGAN CABARAN KOTA SEBAGAI REMAJA.SETELAH MENEMPUH BERBAGAI CABARAN SEBAGAI REMAJA KOTA,AKHIRNYA MENGAMBIL KEPUTUSAN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA BERSAMA ZILA BINTI ABDUL HALIM DARI KAMPONG TELUK BAKONG BOTA PERAK PADA TANGGAL 25HB OCTOBER 1994.




HASIL DARIPADA PERNIKAHAN INI TELAH DIANUGERAHKAN DENGAN 4 ORANG CAHAYA MATA IAITU 3 PEREMPUAN DAN YANG BONGSUNYA ADALAH LELAKI DAN JUGA TELAH DIAMANAHKAN OLEH SESEORANG UNTUK MENERIMA SEORANG ANAK ANGKAT LELAKI ,MENJADIKAN 5 CAHAYA MATA.




MINAT MENGUMPUL DAN MENYIMPAN BATU PERMATA SEBAGAI KOLEKSI ADALAH SEMENJAK DARI KECIL LAGI.MULA MENJUAL SEDIKIT SEDIKIT BATU BATU PERMATA INI BERMULA SEMENJAK BERUMAH TANGGA.OLEH KERANA DISEBABKAN MINAT YANG TERLALU MENDALAM BERKENAAN DENGAN BATU PERMATA AKHIRNYA MENJADIKAN BATU PERMATA SEBAGAI PUNCA PENCARIAN SEHINGGA MEMBUKA

AKHIR KATA JIKA SUDI ADD SAYA DIDALAM FACEBOOK UNTUK KITA BERKENALAN DIANTARA SATU SAMA LAIN DEMI MERAPATKAN LAGI TALI SILATURAHIM KITA SESAMA ISLAM...WALLAHUALAM...

Jumaat, 20 Januari 2012

Pengenalan Untuk Kampong Pulau Tiga.

Kampong Pulau Tiga.

 Assalamualaikum dan Salam Hormat kepada semua pengunjung laman Web Kampong Pulau Tiga.Laman Web ini diujudkan adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada Genarasi baru Anak Anak Pulau Tiga samada yang lahir disini mahupun yang lahir ditempat lain berkenaan dengan sedikit sebanyak tentang sejarah tempat Datok Nenek Monyang mereka ini.

Adapun segala maklumat yang disampaikan disini adalah mengikut apa yang teringat oleh saya melalui cerita cerita dari orang tua tua dahulu sahaja.Adapun tentang segala Fakta dan tarikh sesuatu peristiwa itu tidak dapat dipastikan akan kesahihanya

Jika ada dikalangan Anak Anak Pulau Tiga yang mempunyai Gambar Gambar lama atau maklumat terbaru mengenai sejarah Pulau Tiga ini,bolehlah menyampaikan maklumat itu kepada saya melalui Email:  www.neikizam@ymail.com untuk disalurkan kedalam Laman Web Kampong Pulau Tiga ini demi menyampaikan maklumat mengenai Kampong Pulau Tiga ini kepada Genarasi baru dan akan datang...Inshaallah.

Kampong Pulau Tiga adalah terletak ditengah tengah antara Kampong Gajah ke Bota Kanan.Kampong Pulau Tiga terdiri daripada Kampong Tanjong Bidara,Kampong Teluk Dendang,Kampong Bahru,Kampong Teluk Saga dan Kampong Tok Paduka Raja.
Kedudukan Kampong Pulau Tiga ini adalah dipesisiran Sg Perak.Asal nama Pulau Tiga adalah diambil bersempena dengan terdapat 3 buah pulau ditengah tengah Sg Perak dikawasan Pulau Tiga ketika itu.Oleh yang demikian sehingga kini nama Pulau Tiga terus dikekalkan.


Sg Perak.


Sg Perak adalah amat penting bagi penduduk Kampong Pulau Tiga disuatu ketika dahulu.Sg Perak digunakan sebagai jalan air yang mana kapal kecil dan bot adalah digunakan sebagai pengankutan utama untuk penduduk penduduk disini pergi ke Teluk Anson (Teluk Intan),Kampong Gajah,Selat Pulau,Pulau Tiga Kiri,Lambor dan ke Bota.

Nastalgia penduduk Kampong Pulau Tiga ketika hendak menunaikan Fardu Haji dipersekitaran tahun 60an.


Beginilah keadaan sayunya ketika kapal SAPU RAUTAU meninggalkan JT Sg Perak di Kampong Pulau Tiga ini ketika membawa Jemaah Haji.


Beginilah keadaan penduduk penduduk Kampong Pulau Tiga dipersekitaran tahun 60an ketika hendak mengerjakan Fardu Haji dengan mengikut Jalan Air menggunakan pengangkutan Kapal Sapu Rantau di Sg Perak.


Keadaan dipelabuhan ketika Jemaah Haji Kampong Pulau Tiga ini untuk menunaikan Fardu Haji disekitar tahun 60an.


Kapal Rita Kapal Jabatan Marine.


Ini adalah kapal Jabatan Marine yang mengawal perairan Sg Perak dari Teluk Anson (Teluk Intan) hingga ke Bota disekitar tahun 60an.

Pesta Banjir disekitar tahun 60an.


Sebelum siapnya Empangan Temenggor di Gerik Perak,setiap bulan November hingga ke bulan Desember pada setiap tahun,Sg Perak akan ditenggelami air dan kawasan disepanjang Sg Perak termasuk Kampong Pulau Tiga akan dinaiki banjir (Bah).Setiap kali musim banjir penduduk penduduk disini akan keluar beramai ramai daripada kanak kanak sehingga kepada peringkat Tua untuk melihat keadaan air pada ketika banjir itu dan ini dinamakan Pesta Banjir.

Keturunan Pak Kadok.

Kebanyakan penduduk Kampong Pulau Tiga ini adalah dari keturunan Pak Kadok,keturunan yang tidak boleh memakan Ikan Tapah.Keturunan ini jika memakan Ikan Tapah akan ditimpa sejenis penyakit iaitu gatal seluruh badan amat sukar untuk diubati.

Kancing Emas dan Ikan Tapah.

Begitulah rupa Kancing Emas sebagai penawar kepada sesiapa yang termakan Ikan Tapah iaitu  sumpahan dari Pak Kadok.

Aktiviti pertanian di Kampong Pulau Tiga.

Disekitar tahun 50an dan 60an kegiatan pertanian penduduk kampong ini adalah BERHUMA (Menanam padi tampa mengunakan air)
Kayu sebagai Tukai digunakan untuk membuat lubang pada bahagian tanah kemudian diletakkan biji padi sebagai benih untuk mendapatkan hasil padi sebagai makanan harian pada ketika itu.

Apabila masuk keera pertengahan tahun 60an corak kaedah menanam padi 2 kali setahun telah diperkenalkan kepada penduduk kampong ini


Pada awal tahun 60an sawah padi dibajak dengan mengunakan kerbau.Beginilah keadaan petani dikampong ini dalam menjalankan aktiviti bersawah padi pada ketika itu.

Beginilah corak pertanian yang telah bertukar dari pertanian Huma kepada sistem tanaman padi 2 kali setahun yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dikampong Pulau Tiga ini.

Setelah 3 bulan lebih kurang padi ditanam penduduk akan turun kembali kesawah mereka untuk menuai padi.


Beginilah keadaan penduduk Kampong Pulau Tiga ini turun kesawah ketika tiba musim menuai padi.Untuk meringankan sedikit bebanan mereka mengerjakan sawah mereka ini,mereka telah bergotong royong beramai ramai dari satu sawah kesatu sawah,ini dinamakan "BESAKAI".

Apabila musim menuai tiba sekali lagi penduduk Pulau tiga ini akan turun kesawah mereka untuk menuai padi yang telah masak menguning.


Beginilah keadaanya bila tiba musim menuai.Apabila sabit pemotong padi diperkenalkan penduduk kampong ini telah menggunakan sabit untuk memotong padi.


Beginilah caranya memotong padi dengan menggunakan sabit.Menggunakan sabit agak lebih mudah dan cepat daripada menggunakan mata Tuai.Konsep BESAKAI masih lagi diteruskan dalam musim menuai atau memotong padi ini.

Setelah padi dipotong,padi akan dibanting prosesini dipanggil MENGEMPOK PADI sebagai mana didalam gambar dibawah.



Setelah padi dileraikan dari tangkainya,padi terlebih dahulu diasingkan daripada HAMPANYA (Padi yang kosong atau Sambang).Proses ini lebih dikenali dengan nama MENGANGIN PADI.


Beginilah rupa alat yang termashur di Kampong Pulau Tiga yang digunakan oleh penduduk kaum tani disini untuk mengasingkan padi yang baik dengan padi yang sambang.

Keadaan terus berubah sehingga masuk kepada era tahun 80an jentera pemotong padi telah diperkenalkan kepada penduduk Kampong Pulau Tiga ini.


Dengan mengunakan Jentera Pemotong Padi ini, petanian dikampong ini menjadi lebih mudah pantas.Padi yang dipotong dengan menggunakan Jentera ini hanya terus dimasukan kedalam guni untuk dijual.Dengan ini mereka dapat menambahkan keluasan sawah mereka dan pendapatan kaum tani dikampong ini pun meningkat.

Durian.

Durian adalah buah tempat yang sudah tidak asing lagi di Negara kita.Kampong Pulau Tiga adalah sebuah kampong didalam Negeri Perak yang terkenal dengan Durian.


Durian Pulau Tiga ini pernah memenangi beberapa kali didalam pertandingan Buah Durian diera tahun 80an.Durian PADUKA adalah durian yang paling terkenal di Kampong Pulau Tiga ini dan telah meraih Juara dalam satu pertandingan Buah Durian diperingkat Negeri Perak.


Beginilah keadaan pada setiap pagi musim Buah Durian di Kampong Pulau Tiga berhadapan kedai Hj Alan gelagat penjual Durian disini sementara menunggu pelangan dari berbagai pelusuk datang untuk membeli Buah Durian yang terbaik sebagai santapan keluarga.


Lebih kurang pada pukul 10 pagi pelangan pelangan dari serata pelusuk tempat telah berkerumun datang untuk membeli Durian Kampong Pulau Tiga ini yang sememang telah dikenali sejak sekian lama dengan kesedap rasa Durian yang sebenar.


Jika anda ingin menikmati Durian Pulau Tiga dengan RASA DURIAN YANG SEBENAR berkunjunglah ke Kampong Pulau Tiga apabila tiba musim Durian atau menghubungi Ahmad Zaini Hasan selaku Ketua Kampong Tok Paduka Raja melalui talian 0195164844.

Jumaat, 13 Januari 2012

Kampong Tok Paduka Raja Pulau Tiga.

Kampong Tok Paduka Raja Pulau Tiga.

Kampong Tok Paduka Raja adalah terletak didalam mungkim Pulau Tiga.Nama Kampong Tok Paduka Raja telah diambil daripada gelaran Hj Mat Perak yang menjawat sebagai Orang Bersar Empat negeri Perak dengan memakai gelaran Tok Paduka Raja disuatu ketika dahulu.

Menurut cerita daripada Allahyarhamah Teh Jamilah isteri kepada Allahyarham Penghulu Mansor Tok Paduka Raja adalah seorang Guru Agama,Guru Al Quran,Ketua Kampong dan Pawang besar yang menjaga hal ehwal kampong daripada ganguan Jin atau Syaitan di Kampong Pulau Tiga ini suatu ketika dahulu.

Menambah dari cerita Allahyarhamah Teh Jamilah lagi,pada setiap tahun Tok Paduka Raja akan mengadakan upacara Berjamu Kampong (Kenduri).Apabila upacara ini akan diadakan Tok Paduka Raja akan mendirikan tujuh tingkat bangsal dan upadara ini akan berlangsung selama tujuh hari tujuh malam.

KUBUR HJ MAT PERAK (TOK PADUKA RAJA)

 
Beginilah keadaan Kubur Tok Paduka Raja yang terletak ditanah Wakaf Kampong Tok Paduka Raja mungkin Pulau Tiga.Menurut cerita daripada mulut kemulut ditengah tengah Kubur Tok Paduka raja ini sentiasa ada BUSUT dibahagian tengahnya.BUSUT ini akan lebih membesar dan meninggi jika ada diantara anak anak cucunya mendapat kenaikan pangkat yang tinggi didalam kerjaya mereka. 


RUMAH TOK PADUKA RAJA.


Ini adalah rumah Tok Paduka Raja yang terletak ditepi tebing Sg Perak yang sekarang ini telah dimiliki oleh Piutnya iaitu Hajjah Atikah.Menurut cerita asal rumah ini adalah terletak di Parit Tok Melur.Tok Paduka Raja telah mengubahkan rumah ini ketapak yang ada sekarang ini pada waktu malam...Tidak dapat diketahui bagaimana caranya Tok Paduka Raja mengubahkan rumah ini,cuma dipagi harinya hanya kesan berlorong sahaja dapat dilihat orang...Wallahualam.

TAPAK ASAL MARDASAH EHSANIAH




Disinilah tapak asal Madrasah Ehsaniah Kampong Tok Paduka Raja yang terletak dipinggir Sg Perak dihadapan rumah Penghulu Mansor yang suatu ketika dahulu pernah menjadi Penghulu di Kampong Pulau Tiga.Tapak Madrasah ini adalah diwakafkan oleh Penghulu Mansor iaitu cicit kepada Tok Paduka Raja.



RUMAH PENGHULU MANSOR.



Beginilah keadaan rumah penghulu Mansor pada tahun 50an yang mana kedudukan rumah ini berhadapan dengan Mardasah Ehsaniah Kampong Tok Paduka Raja..Dari pada kanan ialah Khadijah,Sham,Teh Jamilah (Isteri Penghulu Mansor) Penghulu Mansor dan Hj Mustapha anak bungsu kepada Penghulu Mansor.

KEADAAN RUMAH PENGHULU MANSOR SEBELUM DIROBOHKAN.


Rumah ini akhirnya telah diwarisi oleh anak perempuan iaitu anak keempat Penghulu Mansor yang bernama Khadijah.Gambar ini telah dirakamkan pada 23hb January 1999 bersamaan dengan 5 Shawal 1419.

PEWARIS RUMAH PENGHULU MANSOR.


 Khadijah binti Mansor dan suami Ayob bin Ngah Jabar.

Rumah ini kemudian telah diwarisi oleh genarasi keenam Tok Paduka Raja iaitu anak ketiga daripada Khadijah iaitu Abdul Halim bin Ayob Ibrhim,dan seterusnya kepada anak tunggal Abdul Halim iaitu Aida Azuwa iaitu genarasi ketujuh keturunan Tok Paduka Raja ini.

KESAN PENINGGALAN RUMAH PENGHULU MANSOR.


RUMAH HAJJAH HABSAH DARI KRTURUNAN TOK PADUKA RAJA.


Ini adalah rumah Hajah Habsah yang berketurunan Tok Paduka Raja.Kedudukan rumah ini adalah berhadapan dengan tebing Sg Perak dan bersebelahan dengan rumah Penghulu Mansor.


PERHIMPUNAN CUCU CUCIT TOK PADUKA RAJA PADA TAHUN 1999


Buat pertama kalinya Cucu Cicit Tok Paduka Raja Berkumpul secara beramai ramai pada 5 shawal 1999.

SUSUN ATUR KAWASAN RUMAH PENGHULU MANSOR PADA ERE 60AN.


Beginilah susun atur dikawasan rumah Penghulu Mansor dipertengahan tahun 60 an yang mana semuanya terletak di tepi tebing Sungai Perak kerana dizaman sebelum adanya jalan raya sungai adalah penggankutan utama disini.Sekolah lelaki dan juga Balai Penghulu didirikan disini.

MARDASAH EHSANIAH.


Mardasah Ehsaniah Kampong Tok Paduka Raja adalah pada kedudukan asalnya adalah dihadapan rumah Penghulu Mansor telah dipindahkan ketepi jalan raya pada tahun 1969.Diantara orang tua tua yang terbabit didalam oparasi memindahkan Mardasah ini ialah Tok Lai (Mat Jelas) ,Alang Dolah,Pak Majid,Pak Dawam,Mat Kasim,Pak Mat Sapri (Ahmad bin Mat Jelas) dan penduduk penduduk kampong secara bergotong royong.Mardasah yang pada asalnya yang serba kekurangan kini telah dilengkapi dengan berbagai bagai kemudahan.

Mardasah yang terlalu banyak jasanya kepada penduduk penduduk Kampong Tok Paduka Raja.Daripada Mardasah ini anak anak kampong ini dapat menimba Ilmu Agama,dapat mendidik anak anak kampong ini berakhlak mulia.

Diantara Guru guru Agama yang berjasa dimardasah ini ialah seperti Tok Anjang (Panjang Ahmad) bapa kepada Cikgu Latif, Tuan Hj Salleh,Tuan Haji Maarof, Tuan Hj Daud, Tuan Hj Tahir, Ustaz Mohd Jamil, Tuan HJ Ali dan ramai lagi.

Ustaz Mohd Jamil
Adalah salah sorang yang banyak berjasa keatas anak anak kampong ini dalam mendidik Ilmu Agama.Beliau juga pernah memengang jawatan Pengerusi di Mardasah ini,disamping itu beliau juga menjadi Imam Dimardasah ini .

MAKAM SEJARAH SULTAN PERAK KE 8 DAN KE 14.



Makam Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Perak ke 8 dan Sultan Muhammad Shah Sultan Perak ke 14 juga terletak di Kampong Tok Paduka Raja.Kedudukan Makam ini terletak ditepi tebing Sg Perak berhampiran dengan rumah Tok Sidang Johor.

Keadaan jalan menuju ke Makam Sejarah diraja.

Makam Sejarah ini terletak ditepi tebing Sg Perak.

Adalah menjadi Tradisi kepada adat istiadat Sultan Negeri perak,bilamana menaiki tahta didalam adat pertabalan diraja pasti akan menziarahi Makam ini.

Makam ini adalah didalam pengawasan pihak Muzium.

SEJARAH SEKOLAH KEB PULAU TIGA.

Sekolah ini siap pembinaanya disekitar tahun 1904.


Beginilah rupa sekolah asal iaitu sekolah untuk pelajar perempuan yang terletak di Kampong Tok Paduka Raja ini.Bangunan yang berwarna hitam itu adalah rumah Guru Besar sekolah ini.Rumah ini telah terbakar dan pada masa itu Cikgu Esah menjadi Guru Besar disini.


Memandangkan murid kian bertambah sebuah sekolah Cawangan (Sekolah Binjai) bersempena dengan pokok binjai yang besar dikawasan itu, telah siap dibina pada tahun 1958


Bangunan sekolah kayu untuk pelajar perempuan ini adalah bangunan sekolah yang tertua disini dan bangunan sekolah ini dapat menjalankan oparasinya sehingga ke era tahun 80an.


Pada tahun 1970 sebuah bangunan sekolah telah siap pembinaanya.Dengan siapnya sekolah ini maka bermulanya pelajar lelaki dan perempuan disatukan dan Guru Besar yang pertamanya adalah Cikgu A'la.

Beginilah susun atur keadaan disekeliling Sekolah Tua di Kampong Tok Paduka Raja dipersekitar tahun 70an yang mana telah dijadikan PUSAT GIAT MARA.

REBANA.

Rebana adalah salah satu permainan Tradisional di kampong Tok Paduka Raja ini dan ianya sungguh mengashikkan.Kebiasaanya Rebana akan dimainkan ketika majlis perkahwinan atau sesuatu keraian dikampong ini.


Pada Sekitar tahun 60an adalah menjadi kemestian untuk dimainkan didalam majlis perkahwinan dikampong ini.Rebana akan dimainkan bermula dari majlis MENGANTONG sehingga tamat kerja kerja kenduri kawin.Pemain Rebana akan dijamu dengan makanan dan minuman.Akar pokok pinang dara akan dimasukan dedalam air kopi pemain Rebana menyebabkan mereka akan bermain Rebana ini sehingga kepagi harinya.


Beginilah keadaanya ketika memukul Rebana.Diantara lagu lagu Rebana yang sering dimainkan seperti Minallah,Ya Omar,Sala Tullah.Sakdoman,Sheikh Abdullah,Zainul Makkah dan banyak lagi lagu Rebana yang sering dimainkan oleh mereka.

Guru Rabana yang termashur di Kampong Tok Paduka Raja ini ialah seperti Allahyarham Muhammad kasim,Ahmad Sapri dan Din Jamin,sementara itu diantara tokoh pemain Rebana seperti Pak Man (Man Sakah),Pak Zee,Pak Adam,Pak Lope,Pak Uzir,Pak Ayob adik kepada Pak Uzir.Mereka inilah tokoh tokoh pemain Rebana yang tersohor disekitar tahun 60an hingga keawal 70an dan setengah dari mereka ini sehingga ke tahun 80an pun masih aktif lagi

Rebana boleh dimainkan secara dua pasukan,ini ketika dalam majlis perkahwinan diwaktu mempelai sampai.Pasukan Rebana dari sebelah lelaki dan sebelah perempuan akan berlawan pada ketika itu.