TERIMA KASIH
KERANA MENGUNJUNGI BLOG
KAMPONG PULAU TIGA.
HALAMAN BLOG INI TELAH MENYIAPKAN
SATU ASAS SALASILAH PERTEMBUNGAN 3 KETURUNAN
IAITU KETURUNAN PAK KADOK, KETURUNAN TOK BIJAYA DAN KETURUNAN
TOK PADUKA RAJA.
PENYUSUNAN UNTUK SALASILAH INI
TELAH DILAKUKAN DENGAN CERMAT OLEH ALLAHYARHAM
TUAN HJ MUHAMMAD SHAHARUDIN BIN NGAH MANSOR
DARIPADA KETURUNAN PAK KADOK YANG KE 7.
SALASILAH INI TELAH BIBERIKAN KEPADA
SAYA ( NIK CINCIN ) LEBIH KURANG 21 TAHUN YANG LALU.
ALLAHYARHAM
TN HJ MUHAMMAD SHAHARUDIN MANSOR
MENGIGATI PESANAN BELIAU
AGAR MENERUSKAN USAHA BELIAU UNTUK SAMPAI MENYAMPAI
KEPADA SAUDARA MARA, MAKA SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK TERUS
MENYAMPAIKAN APA YANG TELAH DIUSAHAKAN OLEH BELIAU
MELALUI BLOG INI.
BAHAGIAN PERTAMA INI MENUNJUKAN
AWAL PECAHAN DARIPADA KETURUNAN PAK KADOK
YANG BERASAL DARI SIAK.
BAHAGIAN PERTAMA INI MENUNJUKAN
AWAL PECAHAN DARIPADA KETURUNAN PAK KADOK
YANG BERASAL DARI SIAK.
BAHAGIAN KEDUA INI PULA
MENUNJUKAN BERMULA KETURUNAN TOK BIJAYA PENGASAS SUMPAHAN
KERIS SEPUKAL, BELIAU PENGHULU DIZAMAN KERAJAAN MELAYU.YANG BERMULA DARIPADA IMAM JOASEH BERASAL DARI CANGKAT TUNTUNG
PULAU TIGA PERAK.
DISINI JUGA TELAH DITUNJUKAN PERTEMBUNGAN
DIANTARA DUA KELUARGA, IAITU KELUARGA IMAM JOASEH DENGAN KELUARGA PAK KADOK MELALUI TOK ENJAH ANAK IMAM JOASEH DENGAN ANDAK MUNDAM CUCU PAK KADOK.
NAMA NAMA YANG DITANDAKAN DENGAN WARNA HIJAU DIBAWAH
ADALAH MEREKA DARIPADA KETURUNAN TOK BIJAYA YANG DIBELENGU DENGAN
SUMPAHAN KERIS SEPUKAL.
DIBAWAH INI PULA TELAH
MENUNJUKAN KEPADA KITA PERTEMBUNGAN SATU LAGI KETURUNAN,
IAITU KETURUNAN DARIPADA PAK KADUK DENGAN KETURUNAN TOK PADUKA RAJA
MELALUI PERKAHWINAN HJ MAT PERAK ATAU UDA KASIM ADIK KEPADA TOK
PADUKA RAJA, DENGAN TEH MENTELA ATAU HJH AMINAH,
IAITU PIUT PAK KADOK.
DIBAWAH INI JUGA DITUNJUKAN
KEDUDUKAN DAN MENGETAHUI ANAK ANAK ALANG SUMUN
CICIT PAK KADOK, YANG MANA MUNGKIN ADA TALI PERSAUDARAN
SESAMA KITA.
DIBAWAH INI ADALAH CUCU CUCU AYOB BIN NGAH JABAR
DARIPADA PIAT ( GENARASI KE 5 ) TOK BIJAYA. GENARASI INI JUGA ADALAH
GENARARI KE 9 DARIPADA PAK KADOK, YANG MANA DIBELENGU
OLEH DUA SUMPAHAN, IAITU SUMPAHAN KERIS SEPUKAL
DENGAN SUMPAHAN IKAN TAPAH.
ADAPUN MANA MANA YANG TERMASUK DIDALAM PERTALIAN DARAH KETURUNAN PAK KADOK, SAMADA BERKAHWIN DENGAN KETURUNAN INI, MAHUPUN MENJADI ANAK ANGKAT DIDALAM KELUARGA INI HENDAKLAH BERHATI HATI DENGAN IKAN TAPAH.
LARANGAN
DILARANG BAGI KETURUAN INI DAN SEKUTUNYA ( MELALUI TALIAN PERKAHWINAN DAN ANAK ANGKAT ) DARIPADA MEMAKAN IKAN TAPAH, MEMENGANG IKAN TAPAH, BAHKAN MEMIJAK LELEHAN AIR YANG MENITIK DARIPADA INKAN TAPAH INI, DITAKUTI AKAN TERKENA PENYAKIT TAPAH.
PENYAKIT TAPAH
ADAPUN PENYAKIT TAPAH INI ADALAH SEJENIS PENYAKIT GATAL YANG BERAIR DISELURUH BADAN. BAGI YANG TERKENA PENYAKIT INI DIKATAKAN MAMPU DIUBATI OLEH PAWANG, DUKUN, BOMOH DAN PERUBATAN MODEN, MELAINKAN DENGAN MANDI DAN MINUM AIR KANCING EMAS IKAN TAPAH, INSYAALLAH SEMBUH.
SUMPAHAN PAK KADOK MASIH DIMAKBULKAN ALLAH SEHINGGA KEHARI INI.
KISAH PAK KADOK ADA TERCATAT DIDALAM HALAMAN BLOG INI.
SUMPAHAN KERIS SEPUKAL
ADAPUN DARIPADA KETURUNAN TOK BIJAYA
PULA, DILARANG MEMAKAI KERIS SEPUKAL. KISAH MENGENAI SUMPAHAN
TOK BIJAYA INI SAYA DAPATI DARIPADA ALLAHYARHAM AYOB BIN NGAH JABAR DAN ALLAHYARHAM PAK MAT DEMAN, SALAH SEORANG PAWANG KAMPONG, GURU SILAT DAN KHALIFAH DIDALAM PERMAINAN DABUS DI PULAU TIGA DISUATU KETIKA DAHULU.
SEJARAH SUMPAHAN KERIS SEPUKAL
ADAPUN DIKATAKAN TOK BIJAYA TELAH BERTEMPUR DENGAN TIGA ORANG LANUN ( PEROMPAK ) DI PULAU TIGA, TAK KALA TOK BIJAYA MENIKAM SALAH SEORANG DARIPADA LANUN ITU DENGAN KERISNYA ( KERIS SEPUKAL KERIS YANG TIDAK MEMPUNYAI LOK ), DIKATAKAN TELAH BERGULUNG MATA KERISNYA. TAK KALA ITU TOK BIJAYA TELAH MERURUT MATA KERISNYA AGAR LURUS KEMBALI. PERBUATAN TOK BIJAYA ITU TELAH DILAKUKANYA SEBANYAK TIGA KALI DALAM PERISTIWA INI.
SETELAH MELIHAT KERISNYA TIDAK MAMPU UNTUK MENEMBUSI TUBUH MUSUHNYA, MAKA TOK BIJAYA TELAH BERSUMPAH DANGAN SUMPAHANYA YANG BERBUNYI,
" KEPADA ANAK CUCU, CICIT, PIAT PIUT, HEMPAS HEMPAS DAUN ( HEMPAS HEMPAS DAUN ITU BERMAKSUD SELAGI ADA PERTALIAN DARAH ) TIDAK KU BENARKAN MEMAKAI KERIS SEPUKAL JIKA ILMUNYA PENDEKARNYA TIDAK MELEBIHI DARIPADA AKU "
SETELAH TOK BIJAYA MELAKUKAN SUMPAHANYA, BELIAU TERUS MENCAMPAKKAN KERISNYA KEHUTAN YANG BERHAMPIRAN. SETELAH ITU TOK BIJAYA TELAH BERTEMPUR DENGAN MUSUHNYA TIDAK BERSENJATA, DAN AKHIRNYA SALAH SATU PENUMBUK TOK BIJAYA TELAH MENGENAI DADA MUSUHNYA YANG MENYEBABKAN SELURUH LIANG ROMA MUSUHNYA ITU MENGELUARKAN DARAH LALU MENINGGAL. MELIHAT AKAN KEADAAN INI DUA LAGI RAKAN LANUN ITU TELAH LARI MENYELAMATKAN DIRI MENINGGALKAN TOK BIJAYA.
DIKATAKAN ILMU PENUMBUK TOK BIJAYA INI HANYA DIWARISI OLEH KATURUNANYA YANG MEMPUNYAI KESABARAN, KECEKALAN DAN BUDI PEKERTI YANG BAIK SAHAJA. bEGITULAH PESANAN TOK BIJAYA KEPADA KETURUNANYA.
KESAN SUMPAHAN KEPADA KETURUNAN TOK BIJAYA
ADAPUN DIKATAKAN KEPADA KETURUNAN TOK BIJAYA YANG ENGKAR DENGAN SUMPAHAN INI JIKA BERTARUNG TIADA AKAN MENANG DAN AKAN MENDAPAT SAKIT SAKIT. WALLAHUALAM.
KEPADA SANAK SAUDARA YANG
ADA PERTALIAN DARAH DENGAN TIGA KETURUNAN INI
AMAT DIGALAKKAN UNTUK MENYAMBUNG PERTURUSAN SALASILAH INI
UNTUK GENARASI AKAN DATANG MENGETAHUI AKAN
ASAL KETURUNAN MEREKA.
DIBAHAGIAN BAWAH INI DIPAPARKAN
CARTA LENGKAP SALASILAH PERTEMBUNGAN 3 KETURUNAN INI
CARTA LENGKAP SALASILAH PERTEMBUNGAN 3 KETURUNAN INI
SALASILAH KETURUNAN
TOK BIJAYA MELALUI ANAKNYA LONG SAMAN
SALASILAH KETURUNAN
TOK BIJAYA MELALUI ANAKNYA UDA MASIR
SALASILAH KETURUNAN
TOK BIJAYA MELALUI ANAKNYA
BUSU MUNIH
DISINI PULA ADALAH SALASILAH
DARIPADA KETURUNAN NGAH ABAS ANAK
IMAM JOASEH YANG KEDUA.
ADA PUN NGAH ABAS INI MEMPUNYAI 3 ORANG ANAK.
DUA DARIPADANYA TIADA MENINGGALKAN KETURUNAN. OLEH YANG
DEMIKIAN KETURUNAN INI DITERUSKAN MELALUI PERTURUSAN
TOK PAYANG SEBAGAI PENGHULU PUNGUT DISUATU
KETIKA DAHULU.
INI PULA ADALAH SALASILAH
KETURUNAN TOK BIJAYA MELALUI ANAK KETIGANYA
TOK ENJAH DENGAN ANDAK MUNDAM CICIT TOK KADOK PENGASAS
SUMPAHAN IKAN TAPAH.
ADA PUN BERMULANYA PERKAHWINAN TOH ENJAH DARI KETURUNAN
IMAM JAOSEH DENGAN CICIT PAK KADOK, MAKA PERTURUSAN INI
ADALAH DILARANG MEMAKAN IKAN TAPAH.
DIBAWAH INI ADALAH BENTUK CARTA
SUSUNAN PERTURUSAN 3 KETURUNAN YANG TERSEBUT
DIATAS
KETURUNAN PAK KADOK, TOK BIJAYA DAN TOK PADUKA RAJA YANG KEBANYAKAN
DARIPADA KETURUNAN INI BERADA DISEKITAR PULAU TIGA HINGGA KE BOTA.
ADAPUN HELAIAN KE 6 DAN KE 7 DARIPADA
SALASILAH ASAL KETURUNAN INI TELAH HILANG DARIPADA SIMPANAN SAYA,
DAN AKAN CUBA MENDAPATKAN SEMULA DARIPADA WARIS YANG MASIH
LAGI MENYIMPAN SALASILAH INI INSYAALLAH
OLEH YANG DEMIKIAN CERITA PAK KADOK
BUKANLAH SEBUAH CERITA DONGENG SEBAGAIMANA YANG
BANYAK DIKATAKAN ORANG. KISAH PAK KADOK ADALAH KISAH BENAR
BERDASARKAN TERSUSUNYA CARTA SALASILAH INI YANG BERMULA
DARIPADA GENARASI PAK KADOK HINGGA KE GENARASINYA
HARI INI.
WALLAHUALAM.