Jumaat, 27 Julai 2012

PERTUKANGAN SENJATA WARISAN TRADISIONAL DI KAMPONG PULAU TIGA


SAYA MENGUCAPKAN BERBANYAK BANYAK TERIMA KASIH
 KEPADA PENGUNJUNG PENGUNJUNG BLOG KAMPONG PULAU TIGA. DIHALAMAN INI DIPAPARKAN KEPADA ANDA SALAH SATU SENI PERTUKANGAN TANGAN IAITU SENI PEMBUATAN SENJATA WARISAN TRADISIONAL YANG MASIH LAGI MENERUSKAN AKTIVITINYA DIKAMPONG INI.

SENI WARISAN INI TELAH DIPELOPORI OLEH 
ALLAHYARHAM MUHAMMAD ATAU LEBIH DIKENALI DENGAN NAMA PAK MAT RENGKANG DI KAMPONG PULAU TIGA INI. KINI BENGKEL INI TELAH DIUBAH SUAI DAN DITERAJUI OLEH ANAK ALLAHYARHAM IAITU SAUDARA ZAMZURI.


GAMBAR DIATAS ADALAH TAPAK PENINGGALAN 
PEKAN PULAU TIGA. KEBANYAKAN GENARASI BARU DARI KAMPONG PULAU TIGA MINGKIN TIDAK MENGETAHUI BAHAWA  DISEBELAH TEPI TEBING SG PERAK PADA SEKITAR TAHUN 40AN TERDAPAT SEBUAH PEKAN YANG AGAK MAJU.

LEBIH KURANG 15 PINTU KEDAI YANG TERDAPAT DIPEKAN INI YANG DIUSAHAKAN PERNIAGAANYA OLEH KAUM CINA DAN INDIA MUSLIM ( MAMAK ) PADA KETIKA ITU. SEMASA KOMUNIS MEMERINTAH MALAYA SELAMA 14 HARI DAN ORANG MELAYU TELAH MULA NAIK RADANG DENGAN GELAGAT KAUM CINA PADA KETIKA ITU, PENIAGA PENIAGA CINA DISINI YANG KETAKUTAN TELAH LARI MENINGGALKAN KEDAI MEREKA KE TELUK ANSON ( TELUK INTAN ).

PENIAGA PENIAGA CINA INI MENINGGALKAN KEDAI MEREKA DI KAMPONG PULAU TIGA INI ADALAH PADA WAKTU TENGAH MALAM, TANPA DISEDARI OLEH PENDUDUK KAMPONG.


OLEH KERANA PADA MASA ITU JALAN RAYA SEPERTI HARI INI MASIH BELUM ADA, MAKA PENGANKUTAN SUNGAI SEPERTI BOT DAN KAPAL ADALAH MENJADI PENGANKUTAN UTAMA DAN INI ADALAH FAKTOR UTAMA PEKAN INI DIWUJUDKAN DI TEPI TEBING SG PERAK.


GAMBAR DIATAS ADALAH KAPAL PENGANGKUT YANG DIGUNAKAN DISUNGAI PERAK YANG BERULANG ALIK DATI TELUK ANSON ( TELUK INTAN ) KE PARIT. SEBELUM DARIPADA KAPAL INI DIGUNAKAN, KAPAL YANG AGAK BESAR SEDIKIT YANG DINAMAKAN KAPAL SAPU RANTAU ( SAPU GHRANTAU ) DIGUNAKAN SEBAGAI KAPAL PENGANGKUT.


DISINILAH ADALAH JETI TEMPAT KAPAL SINGGAH MENAIK DAN MENURUNKAN PENUMPANG SERTA MEMUNGGAH BARANG BARANG UNTUK PEKEDAI DIPEKAN KAMPONG PULAU TIGA PADA MASA ITU.


BENAAN DARIPADA BATU YANG TINGGAL DIGAMBAR DIATAS ADALAH PENINGGALAN RUMAH PEMBERSIH AIR UNTUK PENDUDUK KAMPONG PULAU TIGA. RUMAH AIR INI DIGUNAKAN DISEKITAR TAHUN 50AN HINGGA  AWAL 70AN.


DISINILAH TERDIRINYA BENGKEL BESI DALAM PEMBUATAN 
PISAU, PARANG, PEDANG DAN KERIS DIUSAHAKAN DI KAMPONG PULAU TIGA INI. SEBELUMNYA BENGKEL BESI INI TERLETAK DIBARISAN KEDAI LAMA ( PEKAN ) YANG DIUSAHAKAN OLEH ALLAHYARHAM MUHAMMAD ( PAK MAT RANGKANG ). BENGKEL BESI KAMPONG PULAU TIGA INI ADALAH DIANTARA BENGKEL BESI YANG TERMASHOR DIDALAM PEMBUATAN SENJATA TRADISIONAL DIDAERAH PERAK TENGAH. SEWAKTU ALLAHYARHAM MENGUSAHAKAN BENGKEL INI, BELIAU TIDAK MENGGUNAKAN PERALATAN MODEN. BELIAU LEBIH SELESA MENGGUNAKAN PERALATAN TRADISIONAL DIDALAM PERTUKANGAN BELIAU.

SAUDARA ZAMZURI ANAK ALLAHYARHAM

SETELAH ALLAHYARHAM KEMBALI KERAHMATULLAH, BENGKEL INI TERBIAR BEGITU SAHAJA KERANA TIADA SIAPA YANG SANGGUP UNTUK MENYAMBUNG KERJA KERJA ALLAHYARHAM, DISEBABKAN ANAK ANAK MASING MASING SIBUK DENGAN TUGASAN SEHARIAN.

DEMI DARAH SENI YANG MENGALIR BEGITU KUAT TELAH DIWARISI OLEH SALAH SEORANG ANAK ALLAHYARHAM IAITU EN ZAMZURI, BELIAU KINI TELAH MEMULAKAN  KEMBALI USAHA MENYAMBUNG KERJA KERJA ALLAHYARHAM YANG TELAH LAMA DITINGGALKAN..


HASIL DARIPADA KEMAHUAN YANG ADA BEBERAPA PERALATAN PERTUKANGAN DALAM BENTUK MESIN TELAH DAPAT DIADAKAN DEMI MEMUDAHKAN LAGI DALAM MENGENDALIKAN INDUSTRI PERTUKANGAN DIDALAM BENGKEL INI.


KEPAKARAN YANG DIWARISI DARIPADA ALLAHYARHAM, DITAMBAH PULA DENGAN KEMUDAHAN MODEN YANG TELAH DISEDIAKAN DIDALAM BENGKEL INI, KERJA KERJA PERTUKANGAN DIDALAM PEMBUATAN SENJATA WARISAN TRADISIONAL DAPAT DIHASILKAN DENGAN LEBIH BERKUALITI OLEH EN ZAMZURI.


SAUDARA ZAMZURI YANG MEWARISI BENGKEL INI DARIPADA ALLAHYARHAM SEDANG MENUNJUKAN CARA CARA MENYEPUH SENJATA YANG DIDALAM PROSES PEMBUATAN. 

JENIS JENIS SEPUH

SEPUH ADALAH PENTING DIDALAM PEMBUATAN SENJATA DARIPADA BESI. KEHEBATAN SESUATU SENJATA ITU TERLETAK KEPADA KEPAKARAN TUKANG BESI DIDALAM PROSES MENYEPUH SENJATA ITU.

MENURUT BELIAU, SEPUH MEMPUNYAI BERBAGAI CARA MENGIKUT KEADAAN BESI. TIDAK SEMUA BESI BOLEH DISEPUH DENGAN MENGIKUT KAEDAH YANG SAMA. DIANTARA JENIS JENIS SEPUH YANG DITERANGKANYA ADALAH:-
  1. SEPUH AIR
  2. SEPUH BATANG PISANG
  3. SEPUH MINYAK
  4. SEPUH TANAH
ADA BEBERAPA JENIS SEPUH LAGI YANG ENGGAN DINYATAKAN OLEH BELIAU, KERANA IANYA MENJADI RAHSIA PERIBADI DIDALAM MENGEKALKAN SESUATU KEHEBATAN YANG BELIAU MILIKI DIDALAM ILMU PERTUKANG BESI, TERUTAMA DIDALAM PEMBUATAN SENJATA TRADISIONAL.


TAJUL ARIFIN AHMAD 
ATAU DENGAN NAMA LAINYA JAMAL ADALAH SEPUPU KEPADA EN ZAMZURI PEMILIK BENGKEL SENJATA WARISAN KAMPONG PULAU TIGA INI. KEDUA MEREKA BERGANDING DIDALAM MENGURUSKAN BENGKEL INI, DENGAN MASING MASING MEMPUNYAI KEPAKARAN DIDALAM BIDANG YANG SAMA.


HASIL GANDINGAN DUA ADIK BERADIK INI, DENGAN MENGGUNAKAN SEGALA KEPAKARAN YANG DIMILIKI OLEH MEREKA PASTINYA AKAN MENGHASILKAN PERSEMBAHAN YANG MANTAP DAN BERKUALITI DIDALAM MENGEKALKAN SENI SENJATA WARISAN TRADISIONAL KAMPONG PULAU TIGA.

KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI YANG BERMINAT DENGAN SENJATA SENJATA WARISAN TRADISIONAL, BOLEHLAH BERKUNJUNG KE BENGKEL INI DI KAMPONG TELUK SAGA PULAU TIGA, KAMPONG GAJAH PERAK. 

BENGKEL SENJATA WARISAN TRADISIONAL
KAMPONG PULAU TIGA MENERIMA TEMPAHAN UNTUK SEBARANG JENIS 
SENJATA WARISAN DENGAN HARGA
" MAMPU MILIK "

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI SAUDARA JAMAL 
DITALIAN 017 5603873.

PERHATIAN

SEWAKTU SAYA MENGUNJUNGI BENGKEL INI 
AKTIVITI PERTUKANG DISINI BARU SAHAJA DIBUKA SEMULA DAN TIDAK SEMPAT UNTUK SAYA MERAKAMKAN GAMBAR GAMBAR SENJATA WARISAN YANG TELAH SIAP. UNTUK PENGETAHUAN PENGUNJUNG PENGUNJUNG, BLOG INI AKAN DIKEMAS KINI DARI MASA KESEMASA INSHAALLAH.

SEKIAN TERIMA KASIH



MARDASAH EHSANIAH KAMPONG TOK PADUKA RAJA PULAU TIGA


MARDASAH OSMANIAH 
KAMPONG TOK PADUKA RAJA, YANG TERLETAK DITEPI TEBING SG PERAK, DIHADAPAN RUMAH PENGHULU MANSOR ADALAH MARDASAH ASAL DIKAMPONG INI.

MARDASAH ASAL

TUJUAN PEMBINAAN ASALNYA DITEPI TEBING SUNGAI PERAK ADALAH KERANA SUNGAI PERAK MERUPAKAN SUMBER PENGANKUTAN UTAMA 
PADA MASA ITU. 


WAJAH MARDASAH SEBELUM DIUBAH SUAI

SETELAH JALAN RAYA SIAP DIBINA, PADA TAHUN 1969 MARDASAH OSMANIAH  DITEPI TEBING SUNGAI PERAK ITU TELAH DIROBOHKAN KEMUDIAN DIDIRIKAN SEMULA BERHAMPIRAN DENGAN JALAN RAYA DAN DIBERI NAMA MARDASAH EHSANIAH KAMPONG TOK PADUKA RAJA PULAU TIGA.


DIANTARA TUKANG YANG TERBABIT DALAM PEMINDAHAN MARDASAH INI DARI TAPAK ASAL KETAPAK BARU IALAH ALLLAHYARHAM MAT JELAS ( TOK LEAI ), ALLAHYARHAM PAK MAT KASIM, ALLAHYARHAM ABDUL MAJID ( PAK MAJID ), ALLAHYARHAM PAK BEDU, ALLAHYARHAM ALANG DOLAH ( PAK ALANG ) DAN BEBERAPA YANG LAIN TIDAK DAPAT DINYATAKAN DISINI.

MARDASAH BARU


DENGAN DUIT KHAIRAT YANG TERKUMPUL MARDASAH INI DARI SETAHUN KE SETAHUN TELAH DIPERBAHARU TETAPI MASIH LAGI MENGEKALKAN IDENTITI LAMA. HASIL KERJA TANGAN DARIPADA ORANG TUA TUA DAHULU MASIH LAGI DIKEKALKAN.


BAHAGIAN HADAPAN TEMPAT IMAM

TERKINI MARDASAH EHSANIAH KAMPONG TOK PADUKA RAJA TELAH DILENGKAPI DENGAN PENGHAWA DINGIN DEMI MEMBERI KESELESAAN KEPADA PARA JEMAAH YANG MENUNAIKAN SOLAT DISINI.


BAHAGIAN DALAMAN MARDASAH


BAHAGIAN BERKACA SEBELAH KIRI ADALAH TEMPAT JEMAAH KAUM WANITA YANG MANA SEBELUM INI HANYA DISEKAT DENGAN TABIR, SEMENTARA BILIK DIHADAPAN DAHULU ADALAH TEMPAT TIDUR TUAN TUAN GURU YANG BERMALAM DIMARDASAH INI KETIKA MENGADAKAN KULIAH AGAMA KEPADA PENDUDUK DISINI.


QURAN TUA TULISAN TANGAN


SEBUAH AL QURAN TUA TULISAN TANGAN YANG BERUSIA LEBIH DARIPADA 300 TAHUN TERSIMPAN DIDALAM MARDASAH INI. AL QURAN INI DINAMAKAN QURAN TOK MENCALANG YANG DIGUNAKAN OLEH PENDUDUK KAMPONG UNTUK MEMBACA PADA SATU KETIKA DAHULU.




BACARIA 1983 BERBICARA BERSAMA ALLAHYARHAM TUAN HJ MUHAMMAD SHAHARUDIN BEKAS KETUA KAMPONG TOK PADUKA RAJA YANG MENCERITAKAN PERIHAL QURAN TUA TULISAN TANGAN.


QURAN TOK MENCALANG


BEGINILAH BENTUK AL QURAN TUA TULISAN TANGAN TOK MENCALANG YANG MASIH TERSIMPAN DI MARDASAH EHSANIAH KAMPONG TOK PADUKA RAJA.




BERITA MENGENAI QURAN TUA DIDALAM UTUSAN MELAYU PADA TAHUN 1983.


DEWAN MAKAN ( TEMPAT MORE )

INI PULA ADALAH DEWAN MAKAN MARDASAH YANG TELAH DIPERBAHARUI DAN DILENGKAPI DENGAN PENGHAWA DINGIN. DITEMPAT INI ANAK ANAK KAMPONG BANYAK MENIMBA ILMU ILMU AGAMA DAN BELAJAR MEMBACA AL QURAN DARIPADA ALAHYARHAM TUAN BIDIN DAN HAJJAH ATIKAH.

GAMBAR DITEPI TEBING SG PERAK BERHAMPIRAN JETI

ALLAHYARHAM PANJANG AHMAD ( TOK ANJANG ) DUA DARI KANAN MEMAKAI KAIN PELIKAT BERTUTUP KEPALA DENGAN KAIN TUALA ADALAH SEORANG YANG AMAT DISEGANI OLEH PENDUDUK KAMPONG. BELIAU JUGA ADALAH SALAH SEORANG YANG BERJASA DIMARDASAH INI SEBAGAI GURU AGAMA YANG BANYAK MENDIDIK ANAK ANAK KAMPONG INI.

SELAIN DARIPADA TOK ANJANG SEBAGAI TOKOH GURU AGAMA TERDAHULU YANG BERJASA DI MARDASAH INI DIANTARA YANG LAIN ADALAH SEPERTI ALLAHYARHAM TUAN HJ SALLEH, ALLAHYARHAM TUAN HJ DAUD, ALLAHYARHAM TUAN HJ TAHIR, ALLAHYARHAM TUAN HJ MAAROF, ALLAHYARHAM TUAN HJ ALI DAN ALLAHYARHAM USTAZ MOHD JAMIL.

DIANTARA IMAM YANG TERDAHULU YANG BERJASA DI MARDASAH INI DIANTARANYA IALAH ALLAHYARHAM MAT KASIM, ALLAHYARHAM TUAN HJ MAT WAZIR, ALLAH YARHAM TUAN HJ HASHIM, ALLAHYARHAM USTAZ MOHD JAMIL, SAUDARA ABAS DAN YANG TERKINI SAUDARA ROSLAN BIN HJ ALI.

BEGITULAH SEDIKIT SEBANYAK SEJARAH MENGENAI MARDASAH KAMPONG TOK PADUKA RAJA PULAU TIGA. MAKLUMAT INI AKAN DITAMBAH DARI MASA KESEMASA JIKA ADA TERDAPAT MAKLUMAT YANG TERKINI MENGENAI MARDASAH INI, INSHAALLAH.

SEKIAN TERIMA KASIH.






Jumaat, 27 Januari 2012

Permainan Tradisi Kampong Pulau Tiga.

GASING

Gasing adalah salah satu permainan Tradisi di Kampong Pulau Tiga ini.Apabila tiba waktu permainan Gasing Bermula,bergabai jenis Gasing telah dibuat dari yang besar sehingga kepada yang kecil.Bergagai jenis dan nama gasing telah diberikan mengikut rupa Gasing itu.Diantara yang termashur seperti Gasing Telur,Gasing Bawang,Gasing Masjid dan berbagai jenis Gasing lagi.
Permainan Gasing yang paling disukai dan terkenal di Kampong Pulau Tiga ini ialah permainan Gasing Pangkah (Permainan Gasing Raja).Permainan Gasing ini dilakukan secara group iaitu berkumpulan sebanyak 2 kumpulan.

Undang undang didalam permainan Gasing di Kampong Pulau Tiga,

Setiap kumpulan semestinya mengandungi sama banyak pemainya.Pemain didalam kedua dua kumpulan akan menghayunkan Gasing masing masing ke Gelanggang permainan,ini dinamakan BERTANDING.
Salah satu Gasing dari kedua kumpulan ini akan terus berpusing dan Gasing dari kumpulan ini akan dikira sebagai pemenang didalam proses BERTANDING ini.Kebiasaanya Gasing yang kecil akan berpusing lebih lama dari Gasing yang besar.


Kumpulan yang menang akan memangkah Gasing dari kumpulan yang kalah.Setiap kumpulan salah seorang pemain bergelar RAJA.Kebiasaan Gasing RAJA adalah yang paling besar dari kalangan Gasing pemain yang lain.Raja akan memangkah pada giliran yang paling akhir.

Jika pemain memangkah dengan tidak dapat menumbangkan Gasing lawan itu dinamakan KOLEK dan Gasing pemangkah akan terus beradu kekuatan,jika sekira Gasing pemangkah kalah ini dikira sebagai BISAN.Jika 3 pemangkah melakukan KOLEK ini bererti kumpulan Pemangkah telah melakukan 3 BISAN.Apabila 3 BISAN telah dibuat oleh kumpulan pemangkah ini bererti kumpulan pemangkah telah kalah dan giliran memangkah akan diambil oleh kumpulan yang MENAHAN.


Apabila kumpulan memangkah telah mendapat 2 BISAN,pemangkah yang ketiga mesti memangkah dengan cara menumbangkan sekali gus Gasing lawan tanpa ada membuat BISAN.

RAJA adalah mempunyai peranan yang berat.RAJA mesti memangkah dengan cara menumbangkan Gasing lawan atau jika sekiranya KOLEK,Gasing RAJA mesti memenangi didalam peraduan pusingan Gasing dengan kedudukan Gasing RAJA itu tidak tumbang terlebih dahulu.Tetapi jika sekiranya kumpulan pemangkah telah mempunyai 2 BISAN,Gasing RAJA mesti menumbangkan Gasing lawan tampa ada KOLEK.

 Apabila ini telah berjaya dilakukan barulah BISAN yang ada dalam kumpulan pemangkah ini akan habis dikira kosong dan kumpulan pemangkah ini akan dapat mengekalkan kedudukan mereka sebagai KUMPULAN PEMANGKAH.

Wallahualam. 

Guli Petik.

Guli Petik adalah salah satu juga permainan Tradisi kanak kanak di Kampong Pulau Tiga ini disekitar tahun 60an hingga ke 80an.Permainan ini adalah permainan yang sungguh mengashikan bagi kanak kanak ketika itu.




Bermain Guli Petik dilakukan dengan 2 group.Permulaanya semua pemain akan meluntar guli mereka kearah BENDA.Guli dari kalangan salah seorang dari pemain disalah satu group yang paling hampir dengan Benda akan dikira sebagai group yang akan mengambil sebagai tugasan sebagai pemangkah guli group lawan.


Group yang naik akan melontarkan guli mereka kearah BENDA.Guli yang telah termasuk kedalam petak BENDA akan ditangkap dan disusunkan bersama dengan guli lawan didalam BENDA.Guli yang paling hampir dengan BENDA akan menuju guli lawan yang tersusun didalam Benda terlebih dahulu,disamping bertindak untuk mengeluarkan guli salah sorang dalam group yang tertangkap tadi.


LENTANG AYO (Lentang Ayer) adalah kedudukan yang paling digemari oleh pemain Guli Petik ini.Dalam kedudukan ini jika kena pada cara pemain memetik guli ini satu letupan yang agak ketara dapat didengari dan boleh mengakibatkan guli dipihak lawan akan terbelah atau pecah,keadaan ini akan membanggakan kepada pemain ini,kerana berjaya memegahkan guli lawan.


Kemudian pemain akan terus menuju guli dari pihak lawan sehingga jauh dari pada BENDA .Keadaan ini akan berakhir apabila semua pemain ini memetik guli kearah  pihak lawan tidak dapat mengenai sasaran dan acara MENGEDONG dilakukan oleh pihak lawan.




Acara MENGEDONG ini ialah menolak guli dengan menggunakan Siku.Pada ketika ini pemain akan bersorak kegembiraan melihat gelagat pihak lawan yang sedang MENGEDONG guli mereka menuju ke BENDA.Ada diantara guli yang terlalu jauh sehingga tidak dapat di DONG oleh pihak lawan dikira MATI.Ada juga guli yg ketika di DONG termasuk kedalam lubang dan tidak dapat untuk meneruskan MENGEDONG guli mereka itu dikira mati.Ada pemain yang gulinya sememangnya telah termasuk kedalam lubang dan telah mengaku mati awal awal.


Apabila guli telah di Dong hampir dengan BENDA,guli akan disukat terlebih dahulu seperti di gambar dibawah.




Jika sekiranya guli lawan kitika disukat tidak tidak dapat dilolos oleh tangan yang menyukat guli itu,ini dikira guli yang di DONG ke BENDA ini gagal dan ditangkap tidak boleh meneruskan step seterusnya.


Setelah pemain ini berjaya melepasi rintangan ini pemain akan menempoh satu lagi halangan iaitu MENGEDONG untuk memasukan guli kedalam BENDA.




Kekadang dalam step ini pengedong akan tersilap dong dan gulinya akan tersangkut ditepi BENDA dan akan ditangkap.Adakalanya dari kumpulan yang MENAHAN tidak seorang pun dapat melepasi rintangan ini dan akan menyenyebabkan kumpulan yang NAIK tadi akan NAIK sekali lagi.


Kebiasaanya ada dua atau tiga pemain akan dapat melepasi segala rintangan dalam permainan ini dan mereka akan menduduki dikumpulan yang NAIK pula.Pemain yang di TANGKAP atau MATI dalam acara MENGEDONG tadi apabila gulinya telah berjaya dikeluarkan oleh kawan mereka daripada BENDA akan dapat memetik guli dalam pusingan yang kedua.


Itulah diantara aturan dalam permainan GULI PETIK di Kampong Pulau Tiga ini.
Wallahualam.

Khamis, 26 Januari 2012

Sekapur Sirih.

 BIODATA PENGARANG BLOG KAMPONG PULAU TIGA.

AI ZAMRUDDIN BIN AYOB (NIK CINCIN) 
ADALAH CICIT KEPADA HJ MAT PERAK YAKNI ADIK KEPADA TOK PADUKA RAJA YANG MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI ORANG BESAR EMPAT NEGERI PERAK.BELIAU JUGA ADALAH GENARASI KE 8 KETURUNAN PAK KADUK DAN TERMASUK DIDALAM SALASILAH DARIPADA KETURUNAN ORANG ORANG YANG TIDAK BOLEH MAKAN IKAN TAPAH AKIBAT DARI SUMPAHAN PAK KADOK.

SEWAKTU BERUSIA 5 TAHUN.

AYAHNDANYA BERNAMA AYOB BIN NGAH JABAR DARIPADA KETURUNAN TOK MENTELA YANG BERASAL DARI PAGAR RUYONG KETURUNAN YANG DILARANG MEMAKAI KERIS SEPUKAL AKIBAT DARIPADA SUMPAHAN MONYIT BELIAU TOK MENTELA,YANG MANA JIKA ILMU SESEORANG CUCU CICITNYA TIDAK MELEBIHI DARINYA.




SEMENTARA BONDANYA BERNAMA KHODIJAH BINTI MANSOR DARIPADA KETURUNAN ORANG BESAR 4 PERAK IAITU HJ MAT PERAK  SEBAGAIMANA YANG DISEBUT DIATAS TADI.





WAJAH AYAH BONDA TERCINTA.

ANAK BONGSU DARIPADA LIMA ADIK BERADIK INI DILAHIRKAN PADA TANGGAL 2HB OCTOBER 1967 DI KAMPONG TOK PADUKA RAJA PULAU TIGA KAMPONG GAJAH PERAK,DENGAN MEMBAWA GELARAN PADA NAMANYA NEIK HARI INI OLEH ANAK SAUDARANYA.


RUMAH KELAHIRAN.

MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL PADA JANUARY 1974 DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN RAJA CHULAN PULAU TIGA SEHINGGA NOVEMBER 1979.
SEK KEB RAJA CHULAN PULAU TIGA.
 PADA JANUARY 1980 TELAH MELANJUTKAN PELAJARAN DIPERINGKAT MENENGAH DI SEKOLAH MENENGAH SULTAN MUDZAFAR SHAH 1 LAMBOR KANAN SEHINGGA NOVEMBER 1984.

SEK MEN SULTAN MUDZAFAR SHAH 1 LAMBOR KANAN.
MENDAPAT PENDIDIKAN ASAS AGAMA DARIPADA GURU AL QURAN IAITU TUAN BIDIN,HAJJAH ATIKAH DAN DARIPADA ORANG TUA BELIAU SENDIRI IAITU ENCIK AYOB BIN NGAH JABAR,DISEKITAR TAHUN 1974 HINGGA TAHUN 1979.KEMUDIAN MENYAMBUNG PENGAJIAN AGAMA DI MADRASAH EHSANIAH.
MARDASAH EHSANIAH KG TOK PADUKA RAJA. 
BERSAMA ALLAHYARHAM USTAZ MOHD JAMIL SEHINGGA KETAHUN 1986.


USTAZ MOHD JAMIL

SETELAH MENAMATKAN ALAM PERSEKOLAHAN DAN PENGAJIAN AGAMA, PADA TAHUN 1990 TELAH MULA MENGORAK LANGKAH BERHIJRAH KE KUALA LUMPUR DAN MENCORAK HIDUP DENGAN CABARAN KOTA SEBAGAI REMAJA.SETELAH MENEMPUH BERBAGAI CABARAN SEBAGAI REMAJA KOTA,AKHIRNYA MENGAMBIL KEPUTUSAN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA BERSAMA ZILA BINTI ABDUL HALIM DARI KAMPONG TELUK BAKONG BOTA PERAK PADA TANGGAL 25HB OCTOBER 1994.




HASIL DARIPADA PERNIKAHAN INI TELAH DIANUGERAHKAN DENGAN 4 ORANG CAHAYA MATA IAITU 3 PEREMPUAN DAN YANG BONGSUNYA ADALAH LELAKI DAN JUGA TELAH DIAMANAHKAN OLEH SESEORANG UNTUK MENERIMA SEORANG ANAK ANGKAT LELAKI ,MENJADIKAN 5 CAHAYA MATA.




MINAT MENGUMPUL DAN MENYIMPAN BATU PERMATA SEBAGAI KOLEKSI ADALAH SEMENJAK DARI KECIL LAGI.MULA MENJUAL SEDIKIT SEDIKIT BATU BATU PERMATA INI BERMULA SEMENJAK BERUMAH TANGGA.OLEH KERANA DISEBABKAN MINAT YANG TERLALU MENDALAM BERKENAAN DENGAN BATU PERMATA AKHIRNYA MENJADIKAN BATU PERMATA SEBAGAI PUNCA PENCARIAN SEHINGGA MEMBUKA

AKHIR KATA JIKA SUDI ADD SAYA DIDALAM FACEBOOK UNTUK KITA BERKENALAN DIANTARA SATU SAMA LAIN DEMI MERAPATKAN LAGI TALI SILATURAHIM KITA SESAMA ISLAM...WALLAHUALAM...

Jumaat, 20 Januari 2012

Pengenalan Untuk Kampong Pulau Tiga.

Kampong Pulau Tiga.

 Assalamualaikum dan Salam Hormat kepada semua pengunjung laman Web Kampong Pulau Tiga.Laman Web ini diujudkan adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada Genarasi baru Anak Anak Pulau Tiga samada yang lahir disini mahupun yang lahir ditempat lain berkenaan dengan sedikit sebanyak tentang sejarah tempat Datok Nenek Monyang mereka ini.

Adapun segala maklumat yang disampaikan disini adalah mengikut apa yang teringat oleh saya melalui cerita cerita dari orang tua tua dahulu sahaja.Adapun tentang segala Fakta dan tarikh sesuatu peristiwa itu tidak dapat dipastikan akan kesahihanya

Jika ada dikalangan Anak Anak Pulau Tiga yang mempunyai Gambar Gambar lama atau maklumat terbaru mengenai sejarah Pulau Tiga ini,bolehlah menyampaikan maklumat itu kepada saya melalui Email:  www.neikizam@ymail.com untuk disalurkan kedalam Laman Web Kampong Pulau Tiga ini demi menyampaikan maklumat mengenai Kampong Pulau Tiga ini kepada Genarasi baru dan akan datang...Inshaallah.

Kampong Pulau Tiga adalah terletak ditengah tengah antara Kampong Gajah ke Bota Kanan.Kampong Pulau Tiga terdiri daripada Kampong Tanjong Bidara,Kampong Teluk Dendang,Kampong Bahru,Kampong Teluk Saga dan Kampong Tok Paduka Raja.
Kedudukan Kampong Pulau Tiga ini adalah dipesisiran Sg Perak.Asal nama Pulau Tiga adalah diambil bersempena dengan terdapat 3 buah pulau ditengah tengah Sg Perak dikawasan Pulau Tiga ketika itu.Oleh yang demikian sehingga kini nama Pulau Tiga terus dikekalkan.


Sg Perak.


Sg Perak adalah amat penting bagi penduduk Kampong Pulau Tiga disuatu ketika dahulu.Sg Perak digunakan sebagai jalan air yang mana kapal kecil dan bot adalah digunakan sebagai pengankutan utama untuk penduduk penduduk disini pergi ke Teluk Anson (Teluk Intan),Kampong Gajah,Selat Pulau,Pulau Tiga Kiri,Lambor dan ke Bota.

Nastalgia penduduk Kampong Pulau Tiga ketika hendak menunaikan Fardu Haji dipersekitaran tahun 60an.


Beginilah keadaan sayunya ketika kapal SAPU RAUTAU meninggalkan JT Sg Perak di Kampong Pulau Tiga ini ketika membawa Jemaah Haji.


Beginilah keadaan penduduk penduduk Kampong Pulau Tiga dipersekitaran tahun 60an ketika hendak mengerjakan Fardu Haji dengan mengikut Jalan Air menggunakan pengangkutan Kapal Sapu Rantau di Sg Perak.


Keadaan dipelabuhan ketika Jemaah Haji Kampong Pulau Tiga ini untuk menunaikan Fardu Haji disekitar tahun 60an.


Kapal Rita Kapal Jabatan Marine.


Ini adalah kapal Jabatan Marine yang mengawal perairan Sg Perak dari Teluk Anson (Teluk Intan) hingga ke Bota disekitar tahun 60an.

Pesta Banjir disekitar tahun 60an.


Sebelum siapnya Empangan Temenggor di Gerik Perak,setiap bulan November hingga ke bulan Desember pada setiap tahun,Sg Perak akan ditenggelami air dan kawasan disepanjang Sg Perak termasuk Kampong Pulau Tiga akan dinaiki banjir (Bah).Setiap kali musim banjir penduduk penduduk disini akan keluar beramai ramai daripada kanak kanak sehingga kepada peringkat Tua untuk melihat keadaan air pada ketika banjir itu dan ini dinamakan Pesta Banjir.

Keturunan Pak Kadok.

Kebanyakan penduduk Kampong Pulau Tiga ini adalah dari keturunan Pak Kadok,keturunan yang tidak boleh memakan Ikan Tapah.Keturunan ini jika memakan Ikan Tapah akan ditimpa sejenis penyakit iaitu gatal seluruh badan amat sukar untuk diubati.

Kancing Emas dan Ikan Tapah.

Begitulah rupa Kancing Emas sebagai penawar kepada sesiapa yang termakan Ikan Tapah iaitu  sumpahan dari Pak Kadok.

Aktiviti pertanian di Kampong Pulau Tiga.

Disekitar tahun 50an dan 60an kegiatan pertanian penduduk kampong ini adalah BERHUMA (Menanam padi tampa mengunakan air)
Kayu sebagai Tukai digunakan untuk membuat lubang pada bahagian tanah kemudian diletakkan biji padi sebagai benih untuk mendapatkan hasil padi sebagai makanan harian pada ketika itu.

Apabila masuk keera pertengahan tahun 60an corak kaedah menanam padi 2 kali setahun telah diperkenalkan kepada penduduk kampong ini


Pada awal tahun 60an sawah padi dibajak dengan mengunakan kerbau.Beginilah keadaan petani dikampong ini dalam menjalankan aktiviti bersawah padi pada ketika itu.

Beginilah corak pertanian yang telah bertukar dari pertanian Huma kepada sistem tanaman padi 2 kali setahun yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dikampong Pulau Tiga ini.

Setelah 3 bulan lebih kurang padi ditanam penduduk akan turun kembali kesawah mereka untuk menuai padi.


Beginilah keadaan penduduk Kampong Pulau Tiga ini turun kesawah ketika tiba musim menuai padi.Untuk meringankan sedikit bebanan mereka mengerjakan sawah mereka ini,mereka telah bergotong royong beramai ramai dari satu sawah kesatu sawah,ini dinamakan "BESAKAI".

Apabila musim menuai tiba sekali lagi penduduk Pulau tiga ini akan turun kesawah mereka untuk menuai padi yang telah masak menguning.


Beginilah keadaanya bila tiba musim menuai.Apabila sabit pemotong padi diperkenalkan penduduk kampong ini telah menggunakan sabit untuk memotong padi.


Beginilah caranya memotong padi dengan menggunakan sabit.Menggunakan sabit agak lebih mudah dan cepat daripada menggunakan mata Tuai.Konsep BESAKAI masih lagi diteruskan dalam musim menuai atau memotong padi ini.

Setelah padi dipotong,padi akan dibanting prosesini dipanggil MENGEMPOK PADI sebagai mana didalam gambar dibawah.



Setelah padi dileraikan dari tangkainya,padi terlebih dahulu diasingkan daripada HAMPANYA (Padi yang kosong atau Sambang).Proses ini lebih dikenali dengan nama MENGANGIN PADI.


Beginilah rupa alat yang termashur di Kampong Pulau Tiga yang digunakan oleh penduduk kaum tani disini untuk mengasingkan padi yang baik dengan padi yang sambang.

Keadaan terus berubah sehingga masuk kepada era tahun 80an jentera pemotong padi telah diperkenalkan kepada penduduk Kampong Pulau Tiga ini.


Dengan mengunakan Jentera Pemotong Padi ini, petanian dikampong ini menjadi lebih mudah pantas.Padi yang dipotong dengan menggunakan Jentera ini hanya terus dimasukan kedalam guni untuk dijual.Dengan ini mereka dapat menambahkan keluasan sawah mereka dan pendapatan kaum tani dikampong ini pun meningkat.

Durian.

Durian adalah buah tempat yang sudah tidak asing lagi di Negara kita.Kampong Pulau Tiga adalah sebuah kampong didalam Negeri Perak yang terkenal dengan Durian.


Durian Pulau Tiga ini pernah memenangi beberapa kali didalam pertandingan Buah Durian diera tahun 80an.Durian PADUKA adalah durian yang paling terkenal di Kampong Pulau Tiga ini dan telah meraih Juara dalam satu pertandingan Buah Durian diperingkat Negeri Perak.


Beginilah keadaan pada setiap pagi musim Buah Durian di Kampong Pulau Tiga berhadapan kedai Hj Alan gelagat penjual Durian disini sementara menunggu pelangan dari berbagai pelusuk datang untuk membeli Buah Durian yang terbaik sebagai santapan keluarga.


Lebih kurang pada pukul 10 pagi pelangan pelangan dari serata pelusuk tempat telah berkerumun datang untuk membeli Durian Kampong Pulau Tiga ini yang sememang telah dikenali sejak sekian lama dengan kesedap rasa Durian yang sebenar.


Jika anda ingin menikmati Durian Pulau Tiga dengan RASA DURIAN YANG SEBENAR berkunjunglah ke Kampong Pulau Tiga apabila tiba musim Durian atau menghubungi Ahmad Zaini Hasan selaku Ketua Kampong Tok Paduka Raja melalui talian 0195164844.