Nastalgia Pulau Tiga




 Salam Hormat 
kepada semua pengunjung laman Blog Kampong Pulau Tiga. 
Blog ini diujudkan adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada Genarasi baru Anak Anak Pulau Tiga samada yang lahir disini mahupun yang lahir ditempat lain berkenaan dengan sedikit sebanyak tentang sejarah tempat Datok Nenek Monyang mereka ini.

Adapun segala maklumat yang disampaikan disini adalah mengikut apa yang teringat oleh saya melalui cerita cerita dari orang tua tua dahulu sahaja.Adapun tentang segala Fakta dan tarikh sesuatu peristiwa itu tidak dapat dipastikan akan kesahihanya

Jika ada dikalangan Anak Anak Pulau Tiga yang mempunyai Gambar Gambar lama atau maklumat terbaru mengenai sejarah Pulau Tiga ini,bolehlah menyampaikan maklumat itu kepada saya melalui Email:  www.neikizam@ymail.com untuk disalurkan kedalam Blog Kampong Pulau Tiga ini demi menyampaikan maklumat mengenai Kampong Pulau Tiga ini kepada Genarasi baru dan akan datang...Inshaallah.

Kampong Pulau Tiga 
adalah terletak ditengah tengah antara Kampong Gajah ke Bota Kanan.
Kampong Pulau Tiga terdiri daripada Kampong Tanjong Bidara,Kampong Teluk Dendang,Kampong Bahru,Kampong Teluk Saga dan Kampong Tok Paduka Raja.
Kedudukan Kampong Pulau Tiga ini adalah dipesisiran Sg Perak.Asal nama Pulau Tiga adalah diambil bersempena dengan terdapat 3 buah pulau ditengah tengah Sg Perak dikawasan Pulau Tiga ketika itu.Oleh yang demikian sehingga kini nama 
Pulau Tiga terus dikekalkan.


Sg Perak.

KeadaanSungai Perak
dikampong Pulau Tiga disekitar tahun 1957.
Pengankutan untuk penduduk untuk ke Pulau ditengah Sg Perak sebagai tempat
bercucuk tanam adalah menggunakan Perahu ( Sampan ).


Bot adalah pengankutan
utama untuk penduduk di Pulau Tiga Kiri ( Seberang )
menyemberang.


Sg Perak adalah amat penting bagi penduduk Kampong Pulau Tiga disuatu ketika dahulu.Sg Perak digunakan sebagai jalan air yang mana kapal kecil dan bot adalah digunakan sebagai pengankutan utama untuk penduduk penduduk disini pergi ke Teluk Anson (Teluk Intan),Kampong Gajah,Selat Pulau,Pulau Tiga Kiri,Lambor dan ke Bota.


Kapal Sapu Rantau sekitar tahun 60an

Ini adalah kapal yang mengangkut penumpang yang digunakan di Sg Perak ke Teluk Anson (Teluk Intan) sebelumnya ada jalan raya di Kampong Pulau Tiga ini.

Disekitar tahun 50an,60an kapal Penumpang ini akan disewa bagi kegunaan untuk membawa mempelai ketika bilamana ada majlis perkahwinan,pertunangan atau rombonggan menghantar jemaah Haji di Kampong Pulau Tiga ini.

Kapal Rita Kapal Jabatan Marine.

Ini adalah kapal Jabatan Marine yang mengawal perairan Sg Perak dari Teluk Anson (Teluk Intan) hingga ke Bota disekitar tahun 60an.


Tuan Guru Sheihhul Islam


Tuan Hj Md Salih.Gbr dirakam sekitar tahun 1925.

Inilah wajah Tuan Guru Sheihhul Islam Perak iaitu Tuan Hj Md Salih yang mana namanya sering disebut orang di Pulau Tiga ini. Beliau adalah pengasas Mardarsatul Ihsaniah (Pondok) di Teluk Anson (Teluk Intan).Ada dikalangan orang tua tua Kampong Pulau Tiga ini yang telah berguru dengan Tuan Guru ini disekitar tahun 1920an

Quran Tua dengan nama Quran Semut Gatal.


Quran tua Tulisan tangan yang tersimpan sebagai salah satu Khazanah Kampong Pulau Tiga.Anda boleh membaca kisah Quran tua ini pada gambar keratan Bacaria 1983 diatas.

Rumah Alang Ahmad

Rumah Alang Ahmad.

Ini adalah rumah lama kepunyaan Alang Ahmad bin Ngah Pendia yang mana telah siap dibina pada tahun 1902 terletak dikampong Melayu (Kg Tok Paduka Raja) Pulau Tiga Perak yang kini sudah tiada lagi.
Beginilah reka bentuk rumah penduduk dikampong Pulau Tiga diawal tahun 1900 dahulu.Rumah disekitar tebing Sungai Perak ini dibuat agak tinggi sedikit kedudukanya kerana kawasan sekitar sungai Perak pada ketika itu sering mengalami banjir.

Rumah ini kemudian diwarisi
oleh anak Perempuanya iaitu Yom binti Alang Ahmad adik
Teh Jamilah isteri Penghulu Mansor.


Dinding rumah pada ketika itu adalah dari jenis DINDING TEPAS,iaitu dinding yang diperbuat daripada buluh.


Dinding Tepas ini sangat tahan lama dan begitu kuat sehingga tidak boleh dirembuskan oleh mata kapak.Dengan seni tangan penduduk kampong ini, mereka mampu mengayam dinding Tepas ini dengan begitu kemas,cantik dan dengan berbagai corak boleh dibuat mengikut kemahiran yang ada pada mereka.

Keadaan Rumah Yom bin Alang Ahmad setelah tiada dihuni


Bumbung rumah penduduk Kampong Pulau Tiga ini pada waktu dahulu semuanya tinggi yang mana dinamakan bumbung melayu.Ini adalah disebabkan atap rumah ini diperbuat daripada DAUN NIPAH atau pun DAUN REMBIA supaya ketika hujan air yang menimpa atap rumah ini akan turun dengan lajunya.

Atap Nipah

Atap Nipah atau atap Rumbia dibuat dengan cara yang terbaik akan dapat bertahan hingga 6 ke 8 tahun baru diganti balik.Mengunakan atap nipah ini keadaan didalam rumah akan terasa nyaman tidak berapa panas,lebih lebih lagi dengan keadaan Kampong yang sejuk.Seseorang yang mahir dalam mengayam atap ini,akan dapat mengayam atap Nipah ini diantara 80 ke 90 keping sehari.

Suasana sewaktu majlis Perkahwinan 
dikampong Pulau Tiga era 60an.

Majlis berkhatam Quran.

Beginilah suasana Pengantin perempuan ketika Majlis berkhatam Quran berlangsung disekitar tahun 60an di Kampong Pulau Tiga ini.Telah menjadi satu adat dikampong ini bagi Pengantin perempuan menjalani majlis ini.Menunjukan Al Quran itu menjadi pegangan yang kuat kepada penduduk penduduk dikampong ini samada lelaki mahupun wanita,


Selepas majlis berkhatam Quran ,pengantin akan ditemani oleh sanak saudara dan sahabat handai sementara untuk menunggu pengantin lelaki sampai untuk bersanding.


Beginilah rupa bentuk tempat bersanding (Pelamin) untuk pengantin baru pada era 60an. 

Gambar ini dirakamkan pada tahun 1961.

Keadaan yang sebegini sememangnya biasa apabila ada majlis perkahwinan dikampong ini,terutamanya ketika ketibaan rombongan mempelai,penduduk kampong akan menyambutnya dengan penuh kemesraan


Keadaan persembahan kedua pengantin baru pada era 60an di Kampong Pulau Tiga.

Gambar ini dirakamkan pada tahun 1961.

Mempelai akan disambut dengan paluan Rebana Perak yang sememangnya termashur di kampong pulau Tiga ini.Sudah menjadi adat dikampong ini Rebana akan dimainkan pada setiap malam bermula dari hari MENGANTUNG sehinggalah kepada hari mempelai.


Kelihatan didalam gambar ini pasukan Rebana Kampong Pulau Tiga yang termashur disuatu ketika dahulu iaitu Allahyarham Mohd Kasim (Guru Rebana Kampong Tok Paduka Raja), yang sedang MENENGKAH Rebana perak ini dengan mendendangkan lagu SAKDOMAN didalam satu perlawanan Rebana diantara kedua belah pihak pengantin,didalam satu majlis perkahwinan pada tahun 1961.

 
Gambar dirakamkan pada tahun 1961.

Kedua Pengantin akan disajiakan dengan persembahan Seni Silat dari pemuda dan orang tua tua kampong ini.Kadang kadang Pencak Silat yang dipersembahkan oleh mereka ini dengan menggunakan senjata yang sebenar,memperlihatkan satu perkelahian yang benar benar berlaku.Gambar diatas disebelah kanan adalah salah saorang Guru Silat dikampong ini iaitu Allahyarham Pak Nasir.

Balai.

Bangsal dan Balai akan didirikan didalam mana mana majlis perkahwinan dikampong Pulau Tiga ini.Bangsal adalah tempat kaum ibu memotong cabai bawang untuk dimasak dalam kenduri ini.Di Bangsal ini juga kaum lelaki akan menyedok hidang untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.

Balai adalah tempat hidangan diletakan untuk para jemputan makan.Rombongan mempelai juga akan diberi makan diatas Balai ini.Kayu untuk mendirikan Bangsal dan Balai ini dipinjamkan daripada Surau kampong ini.Rupa bentuk Bangsal dengan Balai ini adalah hampir sama,cuma Bangsal kecil sedikit daripada Balai seperti mana didalam gambar diatas.

Setelah selesai pada siang harinya disebelah malamnya diadakan sekali lagi kenduri dan pengantin akan bersanding sekali lagi.Semasa bersanding itu diadakan upacara CEMPAK iaitu bersalam dengan kedua Pengantin dengan meletakkan wang sebagai sedekah untuk pengantin baru yang bakal memulakan hidu baru.

Habis bersanding acara Berzanji dan Marhaban akan dilakukan oleh kaum lelaki dari peringkat tua mahupun yang muda.

Selepas daripada bersanding Pengantin akan mandi berdua kemudian kedua pengantin akan berjalan menuju kebilik dengan memakai satu kain,yakni kedua pengantin ini akan masuk kedalam satu kain dan berjalan menuju kebilik.Upacara ini dinamakan mandi berangkai.

Itulah diantara suasana didalam Majlis Perkahwinan di Kampong Pulau Tiga ini diera tahun 60an dan 70an.

Nastalgia penduduk Kampong Pulau Tiga ketika hendak menunaikan Fardu Haji dipersekitaran tahun 60an.


Beginilah keadaan sayunya ketika kapal SAPU RAUTAU meninggalkan JT Sg Perak di Kampong Pulau Tiga ini ketika membawa Jemaah Haji.


Beginilah keadaan penduduk penduduk Kampong Pulau Tiga dipersekitaran tahun 60an ketika hendak mengerjakan Fardu Haji dengan mengikut Jalan Air menggunakan pengangkutan Kapal Sapu Rantau di Sg Perak.


Keadaan dipelabuhan ketika Jemaah Haji Kampong Pulau Tiga ini untuk menunaikan Fardu Haji disekitar tahun 60an.


Dibawah adalah gambar
Kapal Haji yang membawa Allahyarham Tuan Hj Muhammad Shaharudin
ke Mekah.


Inilah Kapal Haji yang akan dinaiki oleh jemaah Haji disekitar tahun 60an hingga dipertengahan tahun 70an...Gambar ini dirakamkan pada tahun 1970.

Banjir disekitar tahun 60an.



Sebelum siapnya Empangan Temenggor di Gerik Perak,
setiap bulan November hingga ke bulan Desember pada setiap tahun,Sg Perak akan ditenggelami air dan kawasan disepanjang Sg Perak termasuk Kampong Pulau Tiga akan dinaiki banjir (Bah).


Setiap kali musim banjir penduduk penduduk disini akan keluar beramai ramai daripada kanak kanak sehingga kepada peringkat Tua untuk melihat keadaan air pada ketika banjir itu dan ini dinamakan Pesta Banjir.


Keturunan Pak Kadok.

Kebanyakan penduduk Kampong Pulau Tiga ini adalah dari keturunan Pak Kadok,keturunan yang tidak boleh memakan Ikan Tapah.Keturunan ini jika memakan Ikan Tapah akan ditimpa sejenis penyakit iaitu gatal seluruh badan amat sukar untuk diubati.

Kancing Emas dan Ikan Tapah.

Begitulah rupa Kancing Emas sebagai penawar kepada sesiapa yang termakan Ikan Tapah iaitu  sumpahan dari Pak Kadok.


Nama Kampong Pulau Tiga telah dikeluarkan didalam didalam Berita Minggu pada 13hb Mei 1984 mengenai kisah Pak Kaduk yang telah disampaikan oleh Tuan Hj Muhammad Shaharudin selaku ketua Kampong Tok paduka Raja pada masa itu.

Ikuti kisah Pak Kaduk
kelik disini

Lawatan Menteri Pertanian Tahun 1960.


Gambar ini dirakamkan pada 9hb Julai 1960 ketika lawatan Menteri pertanian En Abd Aziz bin Ishak ke Kampong Pulau Tiga.Ketibaan beliau ke kampong Pulau Tiga ini telah disambut oleh Penduduk Kampong.

Aktiviti pertanian di Kampong Pulau Tiga.

Disekitar tahun 50an dan 60an kegiatan pertanian penduduk kampong ini adalah BERHUMA (Menanam padi tampa mengunakan air)
Kayu sebagai Tukai digunakan untuk membuat lubang pada bahagian tanah kemudian diletakkan biji padi sebagai benih untuk mendapatkan hasil padi sebagai makanan harian pada ketika itu.

Apabila masuk keera pertengahan tahun 60an corak kaedah menanam padi 2 kali setahun telah diperkenalkan kepada penduduk kampong ini


Pada awal tahun 60an sawah padi dibajak dengan mengunakan kerbau.Beginilah keadaan petani dikampong ini dalam menjalankan aktiviti bersawah padi pada ketika itu.

Beginilah corak pertanian yang telah bertukar dari pertanian Huma kepada sistem tanaman padi 2 kali setahun yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dikampong Pulau Tiga ini.

Setelah 3 bulan lebih kurang padi ditanam penduduk akan turun kembali kesawah mereka untuk menuai padi.


Beginilah keadaan penduduk Kampong Pulau Tiga ini turun kesawah ketika tiba musim menuai padi.Untuk meringankan sedikit bebanan mereka mengerjakan sawah mereka ini,mereka telah bergotong royong beramai ramai dari satu sawah kesatu sawah,ini dinamakan "BESAKAI".

Apabila musim menuai tiba sekali lagi penduduk Pulau tiga ini akan turun kesawah mereka untuk menuai padi yang telah masak menguning.


Beginilah keadaanya bila tiba musim menuai.Apabila sabit pemotong padi diperkenalkan penduduk kampong ini telah menggunakan sabit untuk memotong padi.


Beginilah caranya memotong padi dengan menggunakan sabit.Menggunakan sabit agak lebih mudah dan cepat daripada menggunakan mata Tuai.Konsep BESAKAI masih lagi diteruskan dalam musim menuai atau memotong padi ini.

Setelah padi dipotong,padi akan dibanting prosesini dipanggil MENGEMPOK PADI sebagai mana didalam gambar dibawah.



Setelah padi dileraikan dari tangkainya,padi terlebih dahulu diasingkan daripada HAMPANYA (Padi yang kosong atau Sambang).Proses ini lebih dikenali dengan nama MENGANGIN PADI.


Beginilah rupa alat yang termashur di Kampong Pulau Tiga yang digunakan oleh penduduk kaum tani disini untuk mengasingkan padi yang baik dengan padi yang sambang.

Keadaan terus berubah sehingga masuk kepada era tahun 80an jentera pemotong padi telah diperkenalkan kepada penduduk Kampong Pulau Tiga ini.


Dengan mengunakan Jentera Pemotong Padi ini, petanian dikampong ini menjadi lebih mudah pantas.Padi yang dipotong dengan menggunakan Jentera ini hanya terus dimasukan kedalam guni untuk dijual.Dengan ini mereka dapat menambahkan keluasan sawah mereka dan pendapatan kaum tani dikampong ini pun meningkat.