Jumaat, 20 Januari 2012

Pengenalan Untuk Kampong Pulau Tiga.

Kampong Pulau Tiga.

 Assalamualaikum dan Salam Hormat kepada semua pengunjung laman Web Kampong Pulau Tiga.Laman Web ini diujudkan adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada Genarasi baru Anak Anak Pulau Tiga samada yang lahir disini mahupun yang lahir ditempat lain berkenaan dengan sedikit sebanyak tentang sejarah tempat Datok Nenek Monyang mereka ini.

Adapun segala maklumat yang disampaikan disini adalah mengikut apa yang teringat oleh saya melalui cerita cerita dari orang tua tua dahulu sahaja.Adapun tentang segala Fakta dan tarikh sesuatu peristiwa itu tidak dapat dipastikan akan kesahihanya

Jika ada dikalangan Anak Anak Pulau Tiga yang mempunyai Gambar Gambar lama atau maklumat terbaru mengenai sejarah Pulau Tiga ini,bolehlah menyampaikan maklumat itu kepada saya melalui Email:  www.neikizam@ymail.com untuk disalurkan kedalam Laman Web Kampong Pulau Tiga ini demi menyampaikan maklumat mengenai Kampong Pulau Tiga ini kepada Genarasi baru dan akan datang...Inshaallah.

Kampong Pulau Tiga adalah terletak ditengah tengah antara Kampong Gajah ke Bota Kanan.Kampong Pulau Tiga terdiri daripada Kampong Tanjong Bidara,Kampong Teluk Dendang,Kampong Bahru,Kampong Teluk Saga dan Kampong Tok Paduka Raja.
Kedudukan Kampong Pulau Tiga ini adalah dipesisiran Sg Perak.Asal nama Pulau Tiga adalah diambil bersempena dengan terdapat 3 buah pulau ditengah tengah Sg Perak dikawasan Pulau Tiga ketika itu.Oleh yang demikian sehingga kini nama Pulau Tiga terus dikekalkan.


Sg Perak.


Sg Perak adalah amat penting bagi penduduk Kampong Pulau Tiga disuatu ketika dahulu.Sg Perak digunakan sebagai jalan air yang mana kapal kecil dan bot adalah digunakan sebagai pengankutan utama untuk penduduk penduduk disini pergi ke Teluk Anson (Teluk Intan),Kampong Gajah,Selat Pulau,Pulau Tiga Kiri,Lambor dan ke Bota.

Nastalgia penduduk Kampong Pulau Tiga ketika hendak menunaikan Fardu Haji dipersekitaran tahun 60an.


Beginilah keadaan sayunya ketika kapal SAPU RAUTAU meninggalkan JT Sg Perak di Kampong Pulau Tiga ini ketika membawa Jemaah Haji.


Beginilah keadaan penduduk penduduk Kampong Pulau Tiga dipersekitaran tahun 60an ketika hendak mengerjakan Fardu Haji dengan mengikut Jalan Air menggunakan pengangkutan Kapal Sapu Rantau di Sg Perak.


Keadaan dipelabuhan ketika Jemaah Haji Kampong Pulau Tiga ini untuk menunaikan Fardu Haji disekitar tahun 60an.


Kapal Rita Kapal Jabatan Marine.


Ini adalah kapal Jabatan Marine yang mengawal perairan Sg Perak dari Teluk Anson (Teluk Intan) hingga ke Bota disekitar tahun 60an.

Pesta Banjir disekitar tahun 60an.


Sebelum siapnya Empangan Temenggor di Gerik Perak,setiap bulan November hingga ke bulan Desember pada setiap tahun,Sg Perak akan ditenggelami air dan kawasan disepanjang Sg Perak termasuk Kampong Pulau Tiga akan dinaiki banjir (Bah).Setiap kali musim banjir penduduk penduduk disini akan keluar beramai ramai daripada kanak kanak sehingga kepada peringkat Tua untuk melihat keadaan air pada ketika banjir itu dan ini dinamakan Pesta Banjir.

Keturunan Pak Kadok.

Kebanyakan penduduk Kampong Pulau Tiga ini adalah dari keturunan Pak Kadok,keturunan yang tidak boleh memakan Ikan Tapah.Keturunan ini jika memakan Ikan Tapah akan ditimpa sejenis penyakit iaitu gatal seluruh badan amat sukar untuk diubati.

Kancing Emas dan Ikan Tapah.

Begitulah rupa Kancing Emas sebagai penawar kepada sesiapa yang termakan Ikan Tapah iaitu  sumpahan dari Pak Kadok.

Aktiviti pertanian di Kampong Pulau Tiga.

Disekitar tahun 50an dan 60an kegiatan pertanian penduduk kampong ini adalah BERHUMA (Menanam padi tampa mengunakan air)
Kayu sebagai Tukai digunakan untuk membuat lubang pada bahagian tanah kemudian diletakkan biji padi sebagai benih untuk mendapatkan hasil padi sebagai makanan harian pada ketika itu.

Apabila masuk keera pertengahan tahun 60an corak kaedah menanam padi 2 kali setahun telah diperkenalkan kepada penduduk kampong ini


Pada awal tahun 60an sawah padi dibajak dengan mengunakan kerbau.Beginilah keadaan petani dikampong ini dalam menjalankan aktiviti bersawah padi pada ketika itu.

Beginilah corak pertanian yang telah bertukar dari pertanian Huma kepada sistem tanaman padi 2 kali setahun yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dikampong Pulau Tiga ini.

Setelah 3 bulan lebih kurang padi ditanam penduduk akan turun kembali kesawah mereka untuk menuai padi.


Beginilah keadaan penduduk Kampong Pulau Tiga ini turun kesawah ketika tiba musim menuai padi.Untuk meringankan sedikit bebanan mereka mengerjakan sawah mereka ini,mereka telah bergotong royong beramai ramai dari satu sawah kesatu sawah,ini dinamakan "BESAKAI".

Apabila musim menuai tiba sekali lagi penduduk Pulau tiga ini akan turun kesawah mereka untuk menuai padi yang telah masak menguning.


Beginilah keadaanya bila tiba musim menuai.Apabila sabit pemotong padi diperkenalkan penduduk kampong ini telah menggunakan sabit untuk memotong padi.


Beginilah caranya memotong padi dengan menggunakan sabit.Menggunakan sabit agak lebih mudah dan cepat daripada menggunakan mata Tuai.Konsep BESAKAI masih lagi diteruskan dalam musim menuai atau memotong padi ini.

Setelah padi dipotong,padi akan dibanting prosesini dipanggil MENGEMPOK PADI sebagai mana didalam gambar dibawah.



Setelah padi dileraikan dari tangkainya,padi terlebih dahulu diasingkan daripada HAMPANYA (Padi yang kosong atau Sambang).Proses ini lebih dikenali dengan nama MENGANGIN PADI.


Beginilah rupa alat yang termashur di Kampong Pulau Tiga yang digunakan oleh penduduk kaum tani disini untuk mengasingkan padi yang baik dengan padi yang sambang.

Keadaan terus berubah sehingga masuk kepada era tahun 80an jentera pemotong padi telah diperkenalkan kepada penduduk Kampong Pulau Tiga ini.


Dengan mengunakan Jentera Pemotong Padi ini, petanian dikampong ini menjadi lebih mudah pantas.Padi yang dipotong dengan menggunakan Jentera ini hanya terus dimasukan kedalam guni untuk dijual.Dengan ini mereka dapat menambahkan keluasan sawah mereka dan pendapatan kaum tani dikampong ini pun meningkat.

Durian.

Durian adalah buah tempat yang sudah tidak asing lagi di Negara kita.Kampong Pulau Tiga adalah sebuah kampong didalam Negeri Perak yang terkenal dengan Durian.


Durian Pulau Tiga ini pernah memenangi beberapa kali didalam pertandingan Buah Durian diera tahun 80an.Durian PADUKA adalah durian yang paling terkenal di Kampong Pulau Tiga ini dan telah meraih Juara dalam satu pertandingan Buah Durian diperingkat Negeri Perak.


Beginilah keadaan pada setiap pagi musim Buah Durian di Kampong Pulau Tiga berhadapan kedai Hj Alan gelagat penjual Durian disini sementara menunggu pelangan dari berbagai pelusuk datang untuk membeli Buah Durian yang terbaik sebagai santapan keluarga.


Lebih kurang pada pukul 10 pagi pelangan pelangan dari serata pelusuk tempat telah berkerumun datang untuk membeli Durian Kampong Pulau Tiga ini yang sememang telah dikenali sejak sekian lama dengan kesedap rasa Durian yang sebenar.


Jika anda ingin menikmati Durian Pulau Tiga dengan RASA DURIAN YANG SEBENAR berkunjunglah ke Kampong Pulau Tiga apabila tiba musim Durian atau menghubungi Ahmad Zaini Hasan selaku Ketua Kampong Tok Paduka Raja melalui talian 0195164844.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan