Jumaat, 27 Januari 2012

Permainan Tradisi Kampong Pulau Tiga.

GASING

Gasing adalah salah satu permainan Tradisi di Kampong Pulau Tiga ini.Apabila tiba waktu permainan Gasing Bermula,bergabai jenis Gasing telah dibuat dari yang besar sehingga kepada yang kecil.Bergagai jenis dan nama gasing telah diberikan mengikut rupa Gasing itu.Diantara yang termashur seperti Gasing Telur,Gasing Bawang,Gasing Masjid dan berbagai jenis Gasing lagi.
Permainan Gasing yang paling disukai dan terkenal di Kampong Pulau Tiga ini ialah permainan Gasing Pangkah (Permainan Gasing Raja).Permainan Gasing ini dilakukan secara group iaitu berkumpulan sebanyak 2 kumpulan.

Undang undang didalam permainan Gasing di Kampong Pulau Tiga,

Setiap kumpulan semestinya mengandungi sama banyak pemainya.Pemain didalam kedua dua kumpulan akan menghayunkan Gasing masing masing ke Gelanggang permainan,ini dinamakan BERTANDING.
Salah satu Gasing dari kedua kumpulan ini akan terus berpusing dan Gasing dari kumpulan ini akan dikira sebagai pemenang didalam proses BERTANDING ini.Kebiasaanya Gasing yang kecil akan berpusing lebih lama dari Gasing yang besar.


Kumpulan yang menang akan memangkah Gasing dari kumpulan yang kalah.Setiap kumpulan salah seorang pemain bergelar RAJA.Kebiasaan Gasing RAJA adalah yang paling besar dari kalangan Gasing pemain yang lain.Raja akan memangkah pada giliran yang paling akhir.

Jika pemain memangkah dengan tidak dapat menumbangkan Gasing lawan itu dinamakan KOLEK dan Gasing pemangkah akan terus beradu kekuatan,jika sekira Gasing pemangkah kalah ini dikira sebagai BISAN.Jika 3 pemangkah melakukan KOLEK ini bererti kumpulan Pemangkah telah melakukan 3 BISAN.Apabila 3 BISAN telah dibuat oleh kumpulan pemangkah ini bererti kumpulan pemangkah telah kalah dan giliran memangkah akan diambil oleh kumpulan yang MENAHAN.


Apabila kumpulan memangkah telah mendapat 2 BISAN,pemangkah yang ketiga mesti memangkah dengan cara menumbangkan sekali gus Gasing lawan tanpa ada membuat BISAN.

RAJA adalah mempunyai peranan yang berat.RAJA mesti memangkah dengan cara menumbangkan Gasing lawan atau jika sekiranya KOLEK,Gasing RAJA mesti memenangi didalam peraduan pusingan Gasing dengan kedudukan Gasing RAJA itu tidak tumbang terlebih dahulu.Tetapi jika sekiranya kumpulan pemangkah telah mempunyai 2 BISAN,Gasing RAJA mesti menumbangkan Gasing lawan tampa ada KOLEK.

 Apabila ini telah berjaya dilakukan barulah BISAN yang ada dalam kumpulan pemangkah ini akan habis dikira kosong dan kumpulan pemangkah ini akan dapat mengekalkan kedudukan mereka sebagai KUMPULAN PEMANGKAH.

Wallahualam. 

Guli Petik.

Guli Petik adalah salah satu juga permainan Tradisi kanak kanak di Kampong Pulau Tiga ini disekitar tahun 60an hingga ke 80an.Permainan ini adalah permainan yang sungguh mengashikan bagi kanak kanak ketika itu.




Bermain Guli Petik dilakukan dengan 2 group.Permulaanya semua pemain akan meluntar guli mereka kearah BENDA.Guli dari kalangan salah seorang dari pemain disalah satu group yang paling hampir dengan Benda akan dikira sebagai group yang akan mengambil sebagai tugasan sebagai pemangkah guli group lawan.


Group yang naik akan melontarkan guli mereka kearah BENDA.Guli yang telah termasuk kedalam petak BENDA akan ditangkap dan disusunkan bersama dengan guli lawan didalam BENDA.Guli yang paling hampir dengan BENDA akan menuju guli lawan yang tersusun didalam Benda terlebih dahulu,disamping bertindak untuk mengeluarkan guli salah sorang dalam group yang tertangkap tadi.


LENTANG AYO (Lentang Ayer) adalah kedudukan yang paling digemari oleh pemain Guli Petik ini.Dalam kedudukan ini jika kena pada cara pemain memetik guli ini satu letupan yang agak ketara dapat didengari dan boleh mengakibatkan guli dipihak lawan akan terbelah atau pecah,keadaan ini akan membanggakan kepada pemain ini,kerana berjaya memegahkan guli lawan.


Kemudian pemain akan terus menuju guli dari pihak lawan sehingga jauh dari pada BENDA .Keadaan ini akan berakhir apabila semua pemain ini memetik guli kearah  pihak lawan tidak dapat mengenai sasaran dan acara MENGEDONG dilakukan oleh pihak lawan.




Acara MENGEDONG ini ialah menolak guli dengan menggunakan Siku.Pada ketika ini pemain akan bersorak kegembiraan melihat gelagat pihak lawan yang sedang MENGEDONG guli mereka menuju ke BENDA.Ada diantara guli yang terlalu jauh sehingga tidak dapat di DONG oleh pihak lawan dikira MATI.Ada juga guli yg ketika di DONG termasuk kedalam lubang dan tidak dapat untuk meneruskan MENGEDONG guli mereka itu dikira mati.Ada pemain yang gulinya sememangnya telah termasuk kedalam lubang dan telah mengaku mati awal awal.


Apabila guli telah di Dong hampir dengan BENDA,guli akan disukat terlebih dahulu seperti di gambar dibawah.




Jika sekiranya guli lawan kitika disukat tidak tidak dapat dilolos oleh tangan yang menyukat guli itu,ini dikira guli yang di DONG ke BENDA ini gagal dan ditangkap tidak boleh meneruskan step seterusnya.


Setelah pemain ini berjaya melepasi rintangan ini pemain akan menempoh satu lagi halangan iaitu MENGEDONG untuk memasukan guli kedalam BENDA.




Kekadang dalam step ini pengedong akan tersilap dong dan gulinya akan tersangkut ditepi BENDA dan akan ditangkap.Adakalanya dari kumpulan yang MENAHAN tidak seorang pun dapat melepasi rintangan ini dan akan menyenyebabkan kumpulan yang NAIK tadi akan NAIK sekali lagi.


Kebiasaanya ada dua atau tiga pemain akan dapat melepasi segala rintangan dalam permainan ini dan mereka akan menduduki dikumpulan yang NAIK pula.Pemain yang di TANGKAP atau MATI dalam acara MENGEDONG tadi apabila gulinya telah berjaya dikeluarkan oleh kawan mereka daripada BENDA akan dapat memetik guli dalam pusingan yang kedua.


Itulah diantara aturan dalam permainan GULI PETIK di Kampong Pulau Tiga ini.
Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan